senarai penuh pemenang abpbh 30

Kredit foto: ideaterkini.com

Majlis gilang gemilang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 3.0) yang berlangsung semalam menobatkan pelakon Fattah Amin sebagai Bintang Paling Popular.

Selain anugerah utama, tiga lagi kategori yang diungguli Fattah adalah Pelakon TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi Drama (bersama Neelofa untuk drama Suri Hati Mr.Pilot) dan Artis Sensasi.

Antara selebriti lain yang turut membawa pulang trofi kemenangan adalah Siti Nordiana, Khai Bahar, Fazura, Zizan Razak, Neelofa, Syamsul Yusof dan ramai lagi.

Majlis dihoskan oleh pengacara sensasi Fauziah Dato' Ahmad Daud bersama Faizal Ismail dan Zulin Aziz.

Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi 13 kategori utama yang dipertandingkan, termasuk 5 kategori online. 

Kategori Utama:

Artis Baharu Lelaki Popular

Khai Bahar

Artis Baharu Wanita Popular

Sweet Qismina

Pelakon Filem Lelaki Popular

Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular

Fazura

Pelakon TV Lelaki Popular

Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular

Janna Nick

Penyanyi Lelaki Popular

Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular

Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

Akim & The Majistret

Artis Komedi Popular 

Zizan Razak

Artis Versatil Popular

Ifa Raziah

Pengacara TV Popular

Neelofa

Penyampai Radio Popular

Radin (Era)

Kategori Online:

Gandingan Serasi Drama

Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)

Gandingan Serasi Filem

Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)

Personaliti Media Sosial

Makhlokmacho

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial

Neelofa

Artis Sensasi

Fattah Amin


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)