Kredit foto: Instagram Neelofa
Tidak dinafikan, pengacara dan pelakon Neelofa adalah antara selebriti yang sering menjadi tumpuan apabila menghadiri acara hiburan kerana gaya busananya yang sentiasa unik dan fashionable.
Tidak terkecuali penampilannya dalam Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017 yang berlangsung baru-baru ini.
Ramai yang tertanya akan motif Lofa menggayakan padanan T-Shirt dan skirt labuh bertemakan young and chic pada malam tersebut. Ada yang keliru dan tak kurang yang mengatakan fesyennya seperti ada yang tidak kena.
Dalam temubual bersama pelakon yang juga usahawan muda itu, katanya meskipun fesyen tersebut daripada rekaan Fizi Woo namun ia dicipta atas kehendaknya sendiri.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior. Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan. Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour. Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen. Apa yang penting, saya suka dan saya happy.
Fesyen tersebut bukanlah gaya AME pertama Neelofa yang menjadi isu. Sebelum ini pada penganjuran sulung AME iaitu pada tahun 2014, dia pernah tampil dengan gaya jump suit rona merah jambu yang dikaitkan dengan sut adiwira Power Rangers dan gaun neon hijau yang didakwa mirip karakter Cell dalam siri Dragon Ball.
Manakala pada AME 2015 pula, fesyennya sekali lagi menjadi buah mulut kerana busana rekaan Fizi Woo pada ketika itu dikatakan menyerupai sotong.
Bagaimanapun Fizi Woo tampil menafikan kerana katanya fesyen tersebut diinspirasikan daripada elemen bunga ros dan bahan daripada kain Crenoline seperti lazimnya digunapakai dalam jenama popular Vera Wang dan Elie Saab International.