senarai penuh pencalonan top 5 anugerah bintang popular berita harian 3 0

Kredit foto: Beautifulnara 

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0 bakal kembali lagi pada 14 Mei ini. 

Penganjuran ABPBH tahun ini menyaksikan dominasi dua nama besar iaitu Neelofa dan Alif Satar menerusi pencalonan terbanyak.

Pelakon dan pengacara Neelofa disenaraikan dalam 5 kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Gandingan Serasi Drama (Suri Hati Mr Pilot bersama Fattah Amin), Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi.

Manakala penyanyi dan pelakon Alif juga tidak ketinggalan - turut berada dalam lima pencalonan iaitu kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Gandingan Serasi Drama bersama Siti Nordiana, menerusi Dia Semanis Honey.

Tahniah kepada Neelofa dan Alif, juga kepada selebriti lain yang dicalonkan. 

Berikut kami kongsikan senarai penuh Top 5 ABPBH 3.0:

KATEGORI UTAMA

Artis Baharu Lelaki Popular

1. Aiman Tino

2. Haqiem Rusli

3. Khai Bahar

4. Tajul

5. Alvin Chong

Artis Baharu Wanita Popular

1. Azira Shafinaz

2. Elvina Mohamad

3. Wany Hasrita

4. Sweet Qismina

5. Mawar Rashid

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Alif Satar

2. Izzue Islam

3. Remy Ishak

4. Syamsul Yusof

5. Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Erra Fazira

2. Fazura

3. Nelydia Senrose

4. Reen Rahim

5. Siti Saleha

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza

2. Ashraf Muslim

3. Shukri Yahaya

4. Fattah Amin

5. Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular

1. Ayda Jebat

2. Janna Nick

3. Mia Ahmad

4. Mira Filzah

5. Neelofa

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aiman Tino

2. Alif Satar

3. Faizal Tahir

4. Khai Bahar

5. Tomok

Penyanyi Wanita Popular

1. Amira Othman

2. Ayda Jebat

3. Siti Nordiana

4. Stacy

5. Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular

1. Akim & The Majistret

2. Bunkface

3. Forteen

4. Khalifah

5. Projector Band

Artis Komedi Popular

1. Abam

2. Issey

3. Jep

4. Johan

5. Zizan Razak

Artis Versatil Popular

1. Alif Satar

2. Didie Alias

3. Ifa Raziah

4. Zizan Razak

5. Zulin Aziz

Pengacara TV Popular

1. Alif Satar

2. Mira Filzah

3. Nabil Ahmad

4. Neelofa

5. Zizan Razak

Penyampai Radio Popular

1. DJ Lin (Suria)

2. Haiza (Kool FM)

3. Ikhwan (Kool FM)

4. Johan (Era)

5. Radin (Era)

KATEGORI ONLINE

Gandingan Serasi Drama

1. Alif Satar & Siti Nordiana (Dia Semanis Honey)

2. Fattah Amin & Neelofa (Suri Hati Mr Pilot)

3. Raja Afiq & Niena Baharun (Sayangku Kapten Mukhriz)

4. Sharnaaz Ahmad & Ayda Jebat (Awak Sangat Nakal)

5. Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)

Gandingan Serasi Filem

1. Awie & Erra Fazira (Warna Cinta Impian)

2. Izzue Islam & Juliana Evans (Alif Dalam 7 Dimensi)

3. Keith Foo & Fazura (Langit Cinta)

4. Syamsul Yusof & Nabila Huda (Munafik)

5. Zahiril Adzim & Shera Aiyob (Juvana 3)

Personaliti Media Sosial

1. Luqmanpodolski

2. Makhlokmacho

3. Mat Luthfi

4. Nizam Rahman

5. Vivy Yusof

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial

1. Ayda Jebat

2. Datuk Siti Nurhaliza

3. Neelofa

4. Nora Danish

5. Zizan Razak

Artis Sensasi

1. Adira

2. Elly Mazlein

3. Fattah Amin

4. Neelofa

5. Uqasha Senrose

Bakal bersiaran langsung pada Ahad ini (14 Mei) jam 9 malam di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya (PICC), siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2017? Sama-sama kita nantikan.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)