Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia

Konsert keempat bagi minggu kedua AF Megastar yang bertemakan 'Rock" berlangsung dengan meriah di Royale Theatre Shah Alam pada Ahad.

Tuah buat penyanyi Sufi apabila beliau diangkat sebagai Star Of The Week hasil undian sepenuhnya daripada penonton sekaligus menewaskan sembilan saingannya yang lain.

Anugerah tersebut melayakkan Sufi untuk mendapat ganjaran eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 bersama sebuah trofi.

Manakala kedudukan tercorot menjadi milik penyanyi Ewal yang juga disingkirkan di hujung program.

Penilaian markah adalah berdasarkan gabungan 60 peratus markah juri profesional dan 40 peratus undian penonton melalui SMS dan laman web.

Juri profesional terdiri daripada juri tetap iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS dan guru vokal Syafinaz Selamat bersama juri undangan mingguan, Joe Wings.

Berikut kami kongsikan imbas kembali komen-komen juri termasuk kedudukan markah keseluruhan peserta dalam konsert tersebut.

1. Idayu, 62.6% - Sesal Separuh Nyawa

“Karya vokal kamu bagus. ‘Commercial value’ kena jaga. Keseluruhan bagus,” - Ramli MS

2. Syamel, 54.6% - Still Loving You

"Suara awak bila saya dengar ‘blues rock’ itu memang ada. Cuma kena jaga sustain untuk lagu balada macam ni," - Joe Wings

3. Bob, 51% - Saat Ku Idamkan

"Awak cerdik dalam memilih lagu. Awak bersuara emas, bagi apapun boleh makan. Minggu depan boleh cuba sesuatu yang lain,” -Syafinaz Selamat

4. Marsha, 48.9% - Salam Untuk Kekasih

"Saya rasa keseluruhan persembahan awak masih belum cukup rock," - Joe Wings

5. Shahir, 42.6% - Jampi

"Saya suka idea lakonan, LED dan semua yang ada atas pentas. Saya suka aspek artistik itu. Tapi hati-hati bila menjerit, ia perlu dengan cara yang betul," Syafinaz Selamat

6. Indah, 40% - Chandelier

"Setelah empat minggu saya dengar awak menyanyi, awak kena belajar pisahkan vokal anda. Lagu ini sangat besar, jadi awak perlu pandai pisahkan vokal itu," - Ramli MS

7. Amir, 35.7% - Sejarah Mungkin Berulang

"Muzik awak tiada dinamik sebab itu dia mendatar sahaja. Rock kamu saya bagi alaf baru lah tapi percubaan yang baik," - Ramli MS

8. Amir Jahari, 28.2% - Pokok

"Awak seorang yang bijak. Awak pilih lagu rock yang progresif. Rockers ada personaliti yang besar, itu sahaja yang awak kurang"- Syafinaz Selamat

9. Sufi, 24% - Sambutlah Kasih

"Cara awak persembahkan itu nampak seperti awak terlalu mencuba menjadi seorang rocker. Anda perlu faham liriknya sebab persembahan awak sangat kontra. Pergerakan awak patut semula jadi" - Joe Wings

10. Ewal, 20.9% - Potret

"Tak rock lah, ia lebih kepada pop. Awak perlu cari keupayaan dan identiti awak sendiri dalam lagu" - Ramli MS

Sumber: Astro Gempak

Konsert AF Megastar ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)