Oleh pada 23 Feb 2025 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

        

Astro kembali mengangkat dunia hiburan digital ke pentas pengiktirafan menerusi acara berprestij, Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024, yang bakal menggegarkan industri pada 23 Februari 2025.

        

gempak most wanted 2025

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Tema

Tahun ini, GMWA 2024 mengangkat tema ‘Flex Your Art’, satu simbol kebebasan dalam berkarya yang memberi ruang kepada setiap seniman digital untuk menyuarakan kreativiti mereka dengan penuh keyakinan dan kebanggaan.

         

gempak most wanted awards 85113

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Dengan dresscode Artwear, pentas karpet merah pastinya tidak hanya menjadi peragaan fesyen, malah sebuah galeri hidup di mana setiap bintang hadir menzahirkan ekspresi seni mereka menerusi busana yang digayakan.

       

Kategori

Tahun ini, GMWA 2024 hadir dengan 12 kategori berprestij, termasuk dua kategori eksklusif yang dicipta bagi memberikan pengiktirafan kepada pencipta kandungan yang memberi kesan besar dalam dunia hiburan digital.

       

1. Wira WONDA Keluang Man Of The Year – Anugerah ini diberikan kepada individu yang telah memberi sumbangan bermakna kepada komuniti.

2. Gempak Most Wanted 2024 – Anugerah ini untuk calon dengan jumlah undian keseluruhan yang tertinggi.

       

Kategori lain:

Selebriti Tergempak 2024

Lagu/Audio Tergempak 2024

Drama Tergempak 2024

Video Muzik Tergempak 2024

Wira WONDA Keluang Man Of The Year

Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024

Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024

Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024

Digital Creator (e-Sports) Tergempak 2024

Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024

Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024

Program Digital Tergempak 2024

       

Format Penjurian

Anugerah GMWA 2024 tampil dengan pendekatan menggunakan peminat sebagai penentu utama dalam memilih pemenang bagi setiap kategori.

Perjalanan ke pentas keemasan ini bermula lebih awal, menerusi pencalonan dalam setiap episod Gempak Most Wanted, rancangan hiburan yang bersiaran setiap hari Rabu, jam 11 malam. Setiap minggu, undian terkumpul membentuk senarai Top 20.

Kemudian, persaingan menjadi lebih sengit apabila peminat sekali lagi diberi peluang untuk mengundi dan mengecilkan senarai kepada Top 5, sebelum akhirnya menentukan siapa yang layak membawa pulang trofi kemenangan.

Namun, kejayaan di GMWA edisi ini bukan sahaja menyaksikan nama mereka terpahat sebagai pemenang — ia hadir dengan sebuah peluang yang lebih besar. Mereka yang berjaya dalam setiap kategori bakal melangkah ke dunia perfileman, apabila ditawarkan peranan dalam sebuah filem terbitan Astro Shaw yang akan datang.

         

gempak most wanted 2024 15117

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Undian

Fenomena luar biasa melanda GMWA 2024 apabila undian fasa pertama, yang dibuka dari 28 November hingga 28 Disember 2024, mencatat lonjakan drastik kepada 9.5 juta — angka yang jauh lebih besar berbanding hanya 1.3 juta pada edisi lalu.

Sementara itu, fasa kedua undian bagi menentukan juara setiap kategori bermula pada 15 Januari 2025, jam 6 petang dan akan berakhir pada 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari. Penyokong boleh mengundi secara rasmi di laman www.gempakmostwantedawards.com.

        

Pengacara

Menampilkan trio hos penuh pesona, Amelia Henderson, Sean Lee dan Sherry Alhadad bakal membawa malam anugerah ini ke satu tahap yang lebih menghiburkan.

Manakala, Kasih Iris Leona, Shasha Nadeera dan Isha Norsham mengambil peranan sebagai hos untuk menghidupkan detik-detik penuh glamor di karpet merah Showcase Gempak Most Wanted Awards 2024, dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti dan content creator paling trending.

       

Persembahan

Malam yang penuh warna-warni ini bakal dimeriahkan dengan persembahan daripada Ernie Zakri, Nadeera Zaini, Hael Husaini, Amir Masdi, Zizan Razak, Ara Johari, Insomniacks dan Mimi Fly. Lebih menarik, bintang baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery juga akan mempamerkan kehebatan mereka. Dan sebagai kemuncak kejutan, pentas akan diterangi dengan aura legenda Datuk Sheila Majid, kumpulan Hujan serta bintang dari seberang, Diskoria.

         

gempak most wanted vote 2023 winner date

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Penyampai Trofi

Akan dikemaskini

         

Lagu Tema

Kredit video: Hael Husaini, Nadeera - Gempak Most Wanted (Official Lyric Video)

        

Tajuk: Gempak Most Wanted

Penyanyi: Nadeera Zaini & Hael Husaini

Komposer: Iqie Hugh, Ezrie Gazali & Blue Asyraff

Penulis lirik: Iqie Hugh, Ezrie Gazali & Blue Asyraff

       

Waktu Siaran

GMWA 2024 akan menggamatkan pentas Auditorium MBSA, Shah Alam dalam siaran langsung yang boleh ditonton pada 23 Februari 2025, jam 8.30 malam, menerusi Astro Ria (104) dan platform digital On Demand, Astro Go serta Sooka.

       

Tiket

Bermula 10 Februari 2025, jam 6 petang, peminat berpeluang mendapatkan pas masuk ke GMWA 2024 dengan menyertai peraduan eksklusif di gempak.com/peraduan. Peraduan ini telah berlangsung sehingga 21 Februari 2025, jam 10 pagi.

         

Senarai Calon Top 5

Selebriti Tergempak 2024

Amir Ahnaf

Anna Jobling

Erysha Emyra

Meerqeen

Scha Elinnea

       

Lagu/Audio Tergempak 2024

Alahai oleh (Ezra Kairo)

Angau oleh (Fahimi Rahmat)

Cinta Tak Pernah Tepat Waktu oleh (Aina Abdul & Fabio Asher)

Sangkar Derita oleh (Haqiem Rusli)

“Sabar, nape tak sabar ni?” (@Pipija – TikTok)

      

Drama Tergempak 2024

Cinta Untuk Sekali Lagi (Astro Ria)

Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

Nuh & Nayla (TV3 Malaysia)

Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Uncle Bos Mama (Astro Ria)

        

Video Muzik Tergempak 2024

Belum Mulai oleh (Insomniacks & Nabila Taqiyyah)

Classic oleh (Dolla)

Masing-Masing oleh (Ernie Zakri & Ade Govinda)

OMK oleh (Zubir Khan & Ezra Kairo)

Puas Sudah oleh (Aina Abdul)

        

Wira WONDA Keluang Man Of The Year

Abang Nobady

Abbe Hae

Aleeya Zailan

Kapten Zahiruddin

Leeroy Wong

LKP TEAM

Staf Sarjan Nor Khalid

Yayan

        

Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024

Acap S

Kasih Iris Leona

Ryan Bakery

Shah Zakaria

Steph Beauty

       

Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024

Afie

Amin Abid

Fikri Zamri

Nor Padilah

Rasyidinneedyou

         

Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024

Agy

Hawa Johanis

Malia

Sofea Shra

Yanaa Hassan

      

Digital Creator (e-Sports) Tergempak 2024

Kambing Golek

King Yonnyz

Pok Ro

Thanuk Nukk

Zulfikar Obot

        

Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024

Capikkkkkk

Che Sayang Kitchen

Hazwan Ramli

Khairul Aming

Syiqin Azrin

       

Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024

Adzrin Adzhar

Dr Say Shazril

Fathi Hussein

Muhammad Noor

Tun Laila

       

Program Digital Tergempak 2024

Confession Bilik Gelap – Aina Abdul (SYOK)

Dol’s Podcast – EP05 (Part 3) (Shuib Channel)

PodcaSTERK – Keputusan SPM 7G (Sterk Production)

Seram Selebriti – Fadhli Masoot (Ashhrapp Channel)

Sembang Seram – Janna Nick (Safwan Nazri)

        

Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2024 / 2025       

Gempak Most Wanted 2024 - Anna Jobling

Wira WONDA Keluang Man Of The Year - Abbe Hae

Selebriti Tergempak 2024 - Anna Jobling

Lagu/Audio Tergempak 2024 - Cinta Tak Pernah Tepat Waktu (Aina Abdul & Fabio Asher)

Drama Tergempak 2024 - Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Video Muzik Tergempak 2024 - Belum Mulai (Insomniacks & Nabila Taqiyyah)

Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024 - Ryan Bakery

Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024 - Amin & Abid

Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 - Sofea Shra

Digital Creator (e-Sports) Tergempak 2024 - Pok Ro

Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024 - Khairul Aming

Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024 - Fathi Hussein

Program Digital Tergempak 2024 - PodcaSTERK – Keputusan SPM 7G (Sterk Production)

          

Baca: Senarai Penuh Keputusan Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024 (Astro)

Baca: Senarai Calon Top 5, Kategori, Persembahan, Penyampai Trofi, Undian, Tarikh Gempak Most Wanted Awards 2023 / 2024 (Astro)

         

Kredit video: Gempak Most Wanted Awards 2024 Live+

       

Tajuk program? Gempak Most Wanted Awards 2024 / 2025

Bila dan tayang hari apa? 23 Februari 2025

Pukul berapa? Jam 8.30 malam

Tonton di mana? Live di Astro Ria (saluran 104) dan platform streaming online, aplikasi Astro Go serta Sooka

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)