Oleh pada 08 Oct 2018 kategori

senarai pemenang anugerah bintang popular berita harian 31 1

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

Penyanyi Wany Hasrita mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang berlangsung sebentar tadi.

Ia sekaligus melayakkan beliau membawa pulang sebuah kereta berjenama Citroen C4 Picasso bernilai RM126,000 berserta trofi.

Dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu turut menyaksikan penyanyi muda berkenaan menewaskan Ara Johari, Siti Nordiana, Nur Fazura dan Stacy dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.

Selain itu, aktor Fattah Amin pula diberi ganjaran trofi Pelakon TV Lelaki Popular, manakala aktres Fazura merangkul anugerah Pelakon Wanita Popular dan Pasangan Serasi Filem (bersama Zul Ariffin).

Pasangan suami isteri itu turut meraih kemenangan untuk kategori Pasangan Serasi Drama.

Dalam pada itu, Fendy Bakry dan Farah Nabilah membawa pulang trofi Artis Baharu Popular, tidak ketinggalan Khai Bahar yang menggungguli Penyanyi Lelaki Popular.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi lagenda, Norkumalasari meraih pengiktirafan bagi Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat.

ABPBH31 diacarakan Ajak Shiro, Zara Zya dan Janna Nick.

Manakala bagi segmen persembahan dimeriahkan dengan kemunculan barisan penyanyi ternama iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Nabila Razali, Ismail Izzani, Hafiz Suip, Aizat Amdan dan Kugiran Masdor.

Berikut senarai penuh para pemenang:

senarai pemenang anugerah bintang popular berita harian 31 2

Kredit foto: Instagram @tv3malaysia

            

1) BINTANG PALING POPULAR: WANY HASRITA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: WANY HASRITA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: SYAMEL & ERNIE ZAKRI

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: FENDY BAKRY

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: FARAH NABILAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: NUR FAZURA

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: HAZIQ (HOT FM)

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: ALIF SATAR

15) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: NOORKUMALASARI

             

Kategori Online

1) GANDINGAN SERASI DRAMA: FATTAH AMIN & NUR FAZURA

2) GANDINGAN SERASI FILEM: ZUL ARIFFIN & NUR FAZURA

3) PERSONALITI MEDIA SOSIAL: FATIMAH OMAR MUKHLIS (@theFamily.UK)

4) INSTAFAMOUS CILIK POPULAR: ARIF JIWA

5) ARTIS SENSASI: NEELOFA


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)