Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

Pasti ramai menyangka bahawa syarikat paling tua di dunia pasti ditubuhkan sekitar 200 hingga 300 tahun yang lepas. Namun, siapa sangka syarikat tertua yang pernah direkodkan telah ditubuhkan sejak lebih 1000 tahun lepas. Teruskan membaca untuk mengetahui syarikat tertua di dunia. Ini bukan lagi dianggap "start-up" seperti yang ramai orang sedang lakukan di masa kini. Inilah BAPAK syarikat paling lama "sustain" di atas muka bumi ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Sean's Bar (900 AD)

sean s bar syarikat tertua di eropah

Sean's Bar yang terletak di bandar Athlone adalah sebuah pub paling tua di Ireland, dengan sejarah penubuhan sekitar 900 AD. Pada tahun 2004, Guinness World Records mengiktiraf Sean's Bar sebagai pub paling tua di Eropah. Selain sebagai sebuah pub, syarikat ini juga menyediakan tempat penginapan bagi pelancong yang singgah ke kawasan berkenaan.  

Status: Masih beroperasi.

Lokasi: Athlone, Ireland.

Pautan Laman Sesawang: seansbar.ie

9. Royal Mint (886 AD)

the royal mint syarikat tertua di uk

Royal Mint bukanlah sebuah syarikat pengeluar gula-gula. Royal Mint adalah sebuah syarikat milik penuh Perbendaharaan Diraja (Her Majesty's Treasury) dan bertujuan mengeluarkan syiling bagi kerajaan United Kingdom. Selain syiling, syarikat ini turut menghasilkan duit syiling peringatan, pelbagai jenis pingat dan bulion logam berharga. 

Status: Masih beroperasi. 

Lokasi: Llantrisant, Wales.

Pautan Laman Sesawang: royalmint.com

8. Monnaie de Paris (864 AD)

monnaie de paris syarikat tertua di dunia

Monnaie de Paris adalah sebuah institusi yang dimiliki oleh kerajaan bagi penghasilan syiling Euro di Perancis. Diasaskan pada tahun 864AD, Monnaie de Paris adalah syarikat pengeluar syiling tertua di dunia dan terletak di 2 lokasi di Perancis, iaitu di Paris dan Pessac. Ibu pejabat syarikat ini menyimpan banyak syiling daripada zaman purba sebagai koleksi. 

Status: Masih beroperasi. 

Lokasi: Paris & Pessac, Perancis. 

Pautan Laman Sesawang: monnaiedeparis.fr

7. Staffelter Hof (862 AD)

staffelter hof syarikat tertua di dunia

Staffelter Hof adalah syarikat ke-2 tertua di Eropah. Syarikat pengeluar arak (wine) ini terletak di sebuah bandar kecil iaitu Kröv. Tanah tapak tempat pengeluar arak ini pada asalnya diderma oleh Dinasti Carolingian (580-876 AD) kepada biara kawasan berkenaan untuk dijadikan tapak bagi menjana hasil pendapatan. Caranya adalah dengan penubuhan syarikat pengeluar arak. 

Status: Masih beroperasi. 

Lokasi: Rhineland-Palatinate, Jerman.

Pautan Laman Sesawang: staffelter-hof.de

6. Stiftskeller St. Peter (sekitar 802 AD)

stiftskeller st peter restoran tertua di dunia

Syarikat ke-6 paling tua di dunia ini adalah sebuah restoran yang terletak di bandar Salzburg, Austria. Stiftskeller St. Peter memegang status sebagai restoran paling tua di dunia dan syarikat tertua di Eropah. Ditubuhkan pada tahun 803 AD di kawasan biara St. Peter’s Archabbey, restoran ini dikatakan pernah menghidangkan makanan kepada individu-individu terkenal dunia seperti Christopher Columbus dan Wolfgang Amadeus Mozart. 

Status: Masih beroperasi. 

Lokasi: Salzburg, Austria. 

Pautan Laman Sesawang: stpeter.at

5. Genda Shigyō (771 AD)

genda shigy syarikat tertua di dunia

Genda Shigyō adalah sebuah syarikat pengeluar kertas bagi upacara keagamaan. Ianya diasaskan pada tahun 771 AD. Pada tahun 794 AD, syarikat ini memindahkan ibu pejabatnya ke Kyoto, apabila bandar itu menjadi ibu negeri Jepun suatu ketika dahulu. Hari ini, pejabatnya terletak di antara Kyoto Imperial Palace dan Nijo Castle

Status: Masih beroperasi

Lokasi: Kyoto

4. Hōshi Ryokan (718 AD)

h shi ryokan syarikat tertua hotel di dunia

Hōshi Ryokan adalah rumah penginapan tradisional Jepun di Awazu Onsen daerah Komatsu, Jepun. Ditubuhkan pada tahun 718 AD, ramai mengganggap bahawa syarikat perhotelan paling tua yang masih beroperasi. Namun, tanggapan itu salah setelah dunia menyedari kewujudan sebuah lagi hotel Jepun yang lebih awal ditubuhkan. Syarikat ini diuruskan oleh keluarga yang sama melalui 46 generasi keluarga. 

Status: Masih beroperasi.

Lokasi: Komatsu, Jepun. 

Pautan Laman Sesawang: web.archive.org

3. Sennen no Yu Koman (717 AD)

sennen no yu koman syarikat hotel tertua di dunia

Koman adalah sebuah syarikat perhotelan Jepun yang diasaskan pada tahun 717 AD masih mengekalkan penginapan ala tradisional Jepun. Koman pada asalnya adalah sebuah rumah penginapan dan bukannya hotel seperti hari ini. Ianya diasaskan oleh Gonnokami Hiuke, dan ahli keluarganya memperbesarkan perniagaan dengan membina rumah mandian di Kinosaki Onsen. 

Status: Masih beroperasi.

Lokasi: Kinosaki, Jepun. 

Pautan Laman Sesawang: japanican.com

2. Nishiyama Onsen Keiunkan (NOK) (705 AD)

nishiyama onsen keiunkan hotel tertua di dunia

Syarikat perhotelan Jepun ini dibina pada tahun 705 AD dengan kelengkapan kemudahan air panas. NOK merupakan hotel paling tua di dunia dan antara syarikat tertua yang masih beroperasi sehingga hari ini. NOK turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records pada tahun 2011. Sejak penubuhannya, NOK telah beroperasi di bawah pengurusan 52 generasi keluarga untuk tempoh lebih daripada 1300 tahun. 

Hotel ini terletak di kaki Gunung Akaishi. Sumber air panas diperoleh secara semulajadi daripada Hakuho Springs. Kali terakhir hotel ini diubahsuai adalah pada tahun 1997, dengan sebanyak 37 jumlah bilik. 

Status: Masih beroperasi. 

Lokasi: Hayakawa, Jepun. 

Pautan Laman Sesawang: keiunkan.co.jp

1. Kongō Gumi (578 AD)

kong gumi syarikat paling tua di dunia

Kini beribu pejabat di Osaka, syarikat yang dahulunya merupakan syarikat keluarga turun temurun diasaskan pada tahun 578 AD. Syarikat ini ditubuhkan oleh immigran-immigran Korea dari daerah Baekje (salah sebuah Three Kingdoms of Korea) yang dijemput oleh putera raja Jepun iaitu Putera Shōtoku bagi membina kuil Buddha Shitennō-ji. 

Immigran pembina ini kemudiannya memulakan perniagaan mereka sendiri. Dalam tempoh beberapa ratus tahun selepas ditubuhkan, Kongō Gumi turut terlibat dalam pembinaan beberapa bangunan terkenal, seperti Istana Osaka (dibina pada kurun ke-16). Sebuah skrol daripada kurun ke-17 menjejaki 40 generasi sejak permulaan syarikat berkenaan. 

Status: Masih beroperasi. 

Lokasi: Osaka, Jepun. 

Pautan Laman Sesawang: takamatsu-cg.co.jp

EKSTRA

11. The Bingley Arms (Pub) - 953 AD (United Kingdom)

12. Nakamura Shaji (Syarikat Pembinaan) - 970 AD (Jepun)

13. Château de Goulaine (Pengeluar Arak) - 1000 AD (Perancis)

14. Marinelli Bell Foundry - 1000 AD (Itali)

15. Ichimonjiya Wasuke (Syarikat Manisan) - 1000 AD (Jepun)

16. Shumiya-Shinbutsuguten (Pengeluar Barang Keagamaan) - 1024 AD (Jepun)

17. Weihenstephan (Pengeluar Arak) - 1040 AD (Jerman)

18. Weltenburger (Pengeluar Arak) - 1050 AD (Jerman)

19. Otterton Mill (Kilang Batu) - 1068 AD (United Kingdom)

20. Affligem brewery (Pengeluar Arak) - 1074 AD (Belgium)




Hakcipta iluminasi.com (2017)