Kini dunia kita dilengkapi dengan teknologi nuklear yang sangat canggih. Namun ia biasanya disalahgunakan dengan negaa yang mempunyai bom nuklear yang lebih banyak dan besar beranggapan bahawa mereka lebih berkuasa daripada yang lain.

Ini kerana mereka yakin boleh menukarkan sebuah bandar kepada longgokan debu dalam sekelip mata. Ya, bila bercakap mengenai teknologi dan senjata nuklear, tiada apa yang bermain di fikiran kita melainkan serangan dan peperangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

menonton nuklear meletup

Namun, sebenarnya terdapat pelbagai kegunaan yang positif dan aman boleh dieksploitasikan daripada teknologi ini. iluminasi.com kongsikan 7 penggunaan teknologi nuklear yang memberikan kebaikan.

1. Menghasilkan lubang yang sangat besar dan dalam

menghasilkan lubang yang besar

Idea pertama yang menakjubkan dalam senarai penggunaan teknologi nuklear secara aman adalah dengan menggunakan bom, hulu peledak atau sebarang jenis bahan letupan nuklear dimiliki untuk membuat lubang besar di dalam tanah.

Senjata nuklear telah membuktikan keupayaan untuk melakukan perkara ini untuk menghasilkan lubang yang besar dengan mudah, senjata nuklear adalah yang paling tepat.

Bukan sahaja ia akan menjimatkan tenaga manusia dan masa, ia sebenarnya lebih efisyen.

Lubang-lubang ini boleh digunakan untuk perlombongan sama ada untuk petroleum atau mineral atau arang batu, dapat membantu menghasilkan takungan.

Kebanyakan para ilmuwan menegaskan idea ini adalah sangat bagus untuk menghasilkan terusan baru.

2. Penerokaan gas asli

eksplorasi gas semulajadi

Penggunaan teknologi nuklear seterusnya adalah penerokaan gas asli.

Kita semua menyedari bahawa gas asli terperangkap dalam batuan dan penggunaan bom dan teknologi nuklear sebenarnya boleh membantu batu-batu menjadi lebih telap, iaitu membenarkan cecair atau gas melaluinya..

Percubaan seperti ini telah dilakukan pada tahun 1960-an di mana batu-batu itu disasarkan secara berkala melalui letupan nuklear supaya gas terperangkap di dalamnya dapat dibebaskan.

Eksperimen-eksperimen ini sangat berjaya dan oleh itu dapat digunakan dengan selamat sekarang, terutama ketika kita memiliki lebih banyak tenaga nuklear dan lebih banyak keperluan terhadap gas semulajadi sebagai sumber.

3. Pembuangan sisa nuklear

reaktor nuklear

Letupan nuklear boleh digunakan untuk melupuskan sisa nuklear sendiri. Apa yang boleh kita lakukan adalah menghasilkan rongga besar dengan ledakan nuklear dan kemudian membuang semua sisa-sisa nuklear ke dalamnya.

Sisa-sisa tersebut akan menjadi panas, mendidih, kering dan kemudian cair sehingga membentuk struktur seperti bebola batu.

Idea ini dibentangkan pada tahun 1973 dan ia kelihatan sangat menarik dengan kos yang sangat efisyen.

4. Melindungi Bumi dari asteroid

asteroid menghentam bumi 516

Cadangan seterusnya terhadap penggunaan teknologi nuklear secara damai telah ditunjukkan dalam filem dan secara besar-besaran.

Jika, dunia mungkin akan berakhir akibat daripada asteroid gergasi yang menuju ke arah Bumi, jadi mungkin kita boleh melakukan usaha terakhir dan menghancurkannya menggunakan senjata nukler.

Sudah tentu hasilnya sukar untuk digambarkan namun ia merupakan sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan jika berada dalam keadaaan terdesak dan darurat.

5. Sebagai tawaran damai untuk mengakhiri peperangan

perang 158

Ini mungkin pelik tetapi sebenarnya ia merupakan idea yang bagus. Sebelum itu, kita perlu terlebih dahulu membuat perjanjian bahawa tiada negara di dunia ini akan menggunakan senjata nuklear.

Sekiranya perjanjian tidak berhasil dan negara-negara sedan bergelut dalam peperangan, maka tidak ada penawaran damai yang lebih baik daripada kepala peledak nuklear.

Pihak lawan akan merasa kurang terancam dan kawalan dunia akan dikembalikan semula. Ini juga akan menghasilkan banyak tenaga positif dan juga menjadi isyarat besar di seluruh dunia.

6. Sebagai pemangkin moral negara membangun

kim jong un nuklear

Idea seterusnya mengenai penggunaan bom nuklear secara aman adalah melibatkan konsep yang dikenali sebagai konsep "gift economy".

Bagi mereka yang tidak mengetahui sepenuhnya tentang konsep itu, ia secara asasnya memerlukan kitaran bekalan dan permintaan harus berfungsi menggunakan sistem hadiah.

Oleh itu, jika negara-negara maju mempunyai sesuatu yang benar-benar disukai oleh negara-negara membangun, maka mereka yang maju akan memberi hadiah untuk meningkatkan semangat negara-negara mundur dan membangun.

Bayangkan mana negara-negara nuklear yang besar menjadikan tabiat untuk memberikan teknologi nuklear dalam bentuk amal kepada negara yang lebih kecil tanpa teknologi nuklear.

Ini secara tak langsung akan mewujudkan keamanan dunia.

7. Mengebom Bulan untuk menguji makhluk asing

nuklear menghentam bulan

Dan yang terakhir adalah agak pelik bunyinya, namun apa yang kita boleh lakukan dengan teknologi nuklear adalah menghentam Bulan. Malah, mungkin ia boleh sampai ke Marikh.

Tujuan utama tindakan ini adalah untuk memberi isyarat kepada makhluk asing, jika ada, tentang kehadiran kita dan untuk menyelesaikan masalah untuk sekian kalinya sama ada wujudnya spesis yang lain di salah satu planet dalam sistem suria kita.

Dahsyat kan? Mungkin bunyi letupan yang teramat kuat akan memaksa makhluk asing untuk menunjukkan kewujudan diri mereka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)