Oleh pada 24 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @syafiqkylez

     

Pelakon Syafiq Kyle, 27, mengesahkan dirinya sedang berkawan rapat dengan aktres Mimi Lana.

Syafiq yang terkenal menerusi watak Ustaz Adam dalam drama Nur itu berkata demikian sebagai mengulas gosip perhubungan mereka yang dibangkitkan pihak media sebelum ini.

Bukan bermaksud menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, sebaliknya kata beliau, dia sekadar ingin mempertaruhkan karya dan bakat untuk tatapan peminat berbanding menjaja kisah peribadi.

      

selepas putus dengan uqasha kini syafiq kyle akui rapat dengan aktres ini 2

Kredit foto: Instagram @missmimilana

       

“Bukan satu kewajipan buat saya untuk mendedahkan kisah peribadi kepada semua orang. Saya enggan mensensasikan topik tersebut dan diperkatakan secara berulang-ulang hingga mendapatkan kesan dalam hubungan.

“Atas sebab itu saya menyembunyikan perkara ini kerana turut membabitkan hati pasangan.

“Lagipun cara menaja cerita cinta itu bukan amalan kerjaya saya,” katanya.

Sebelum ini, Syafiq sering mengelak ditanyakan status cintanya kerana kononnya ada yang mendakwa bekas peserta Hero Remaja itu takut sahamnya jatuh.

Bagaimanapun, Syafiq menjelaskan, dia banyak belajar daripada kegagalan cinta dengan pelakon Uqasha Senrose, tiga tahun lalu yang berpunca daripada pendedahan keterlaluan kepada media.

“Jadi tidak salah kalau saya belajar sesuatu selepas kegagalan cinta itu. Profesion kami yang terdedah kepada orang ramai ini menjadi penyebab utama saya berdiam diri,” katanya lagi.

      

Info Syafiq Kyle

  • Nama penuhnya, Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak.
  • Lahir pada 24 Jun 1992 di Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Berusia 27 tahun.
  • Pemegang Diploma Filem, Teater dan Animasi daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.
  • Antara drama dibintanginya seperti Bila Hati Berbicara, Married Tapi Benci, Sekali Aku Jatuh Cinta, Mencintaimu Mr. Photographer, Dekatkan Jarak Kita, Tak Ada Cinta Sepertimu dan Nur.

      

Sumber:

1. MHE TV

2. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)