Oleh pada 12 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Aktres Uqasha Senrose mengakui hubungannya dengan aktor Fikry Ibrahim sedikit "tegang" ketika berada di set penggambaran drama Hero Seorang Cinderella.

Uqasha mengulas berhubung gosip yang mengaitkannya dengan Fikry selepas mereka digandingkan dalam drama berkenaan.

Menurut Uqasha, dia agak terkejut dengan gosip tersebut memandangkan dia dan Fikry sering bergaduh ketika bekerja bersama.

Fikry sering menegurnya dengan cara yang agak kasar, terutamanya dalam soal pemilihan pakaian.

uqasha senrose dedah sering bergaduh terima teguran kasar daripada seorang pelakon hsc 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Syukur, watak saya menerusi drama ini benar-benar memberi ruang untuk menonjolkan bakat lakonan sebenar. Bercinta dengan Fikry? Kalau nak tahu hari-hari kami bergaduh dekat set, Fikry ni dah macam ustaz dan akan cari pasal dengan saya terutama nak menegur cara saya berpakaian. Cara dia tegur memang kasar bunyinya tetapi saya tidak ambil hati kerana tahu niat dia baik dan ikhlas. Mungkin itu cara dia tapi kadang-kadang buat saya geram dan itu sebab kami sering ‘bergaduh’ di set.

Sumber: Mstar

Mengulas soal jodoh, Uqasha memberitahu dia sudah bersedia untuk mempertimbangkan perkara itu dengan lebih serius, bagaimanapun sehingga kini dia masih belum bertemu calon yang sesuai.

uqasha senrose dedah sering bergaduh terima teguran kasar daripada seorang pelakon hsc 3

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Ya, kalau boleh biar cepat bertemu jodoh dan rasanya ini adalah waktu tepat untuk saya serius memikirkan soal itu. Itulah pula masalahnya, jodoh nak cepat tetapi kekasih belum ada, macam mana?

Sumber: Mstar

Terdahulu, Uqasha menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25. Majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan selebriti, antaranya Datin Umie Aida, Fasha Sandha, Fazura, Nelydia Senrose, Ryzal Jaafar, Fikry Ibrahim, Emma Maembong dan Daler Yusof. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)