Oleh pada 28 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Finalis Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa, mengesahkan bakal melebarkan kerjaya menerusi cabang seni lakonan.

Menurutnya, rancangan itu akan dilaksanakan selepas memperoleh rehat secukupnya dalam tempoh enam bulan untuk memastikan kesihatannya benar-benar pulih.

“Lakonan atau nyanyian, kedua-duanya bagus. Saya memang dah dapat tawaran berlakon. Untuk drama terbaru saya masih menunggu untuk produksi berikan segala details, mungkin proses penggambaran akan berlangsung sehingga bulan puasa.

“Dalam tempoh berehat itu saya masih lagi aktif tetapi tidaklah terlalu kerap. Ada beberapa produksi sudah memberi pengesahan kepada saya untuk berlakon drama. Malah pihak Astro sendiri sudah lock saya untuk beberapa projek," katanya kepada Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan selepas menjayakan konsert akhir GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Sementara itu, penyanyi Dalam Gerimis ini memberi jaminan bidang seni suara tetap menjadi keutamaannya dan akan diteruskan.

Antara perancangan yang bakal menyusul termasuk kemungkinan merakamkan single duet baharu bersama juara GV2019, Naqiu.

   

naqiu gegar vaganza 458

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

“Saya ada banyak perancangan untuk keluarkan lagu terbaru. Antara yang saya boleh sebut sekarang, saya akan ada lagu sendiri, mungkin akan ada lagu duet bersama Naqiu," katanya.

Tambah penyanyi berusia 43 tahun itu, dia juga bakal bergabung semula dengan anggota Visa untuk merakamkan lagu-lagu popular mereka atas permintaan peminat.

“Saya juga ada bertemu dengan rakan-rakan Visa dan mereka sudah sedia menunggu. Saya terima banyak permintaan merakamkan kembali lagu-lagu hit daripada peminat lama dan baru kumpulan Visa.

“Saya juga ada dapat permintaan daripada peminat untuk berduet sebuah lagu baru bersama Wann. Selain itu, mungkin duet bersama Marsha juga ada dalam perancangan akan datang,” katanya.

   

Sumber berita: Sudah Terima Tawaran Berlakon, Sham Visa Sedia Bergelar Aktor

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)