Oleh pada 09 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Datin Alyah & Instagram Nabil Ahmad

   

Penyanyi Datin Alyah akui tidak terkesan dengan usikan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam program realiti Gegar Vaganza (GV).

Noor Hasliah Abu Hasan atau nama popularnya, Alyah, 38, berkata, dia tidak terasa hati walaupun seringkali 'dibahan' bersama suaminya, Datuk Ramli MS yang juga juri tetap pertandingan nyanyian berkenaan.

“Macam musim kali ini baru minggu pertama saya tengok. Selebihnya saya ada kerja. Tapi saya dapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram. Jadi dapat tahu dari situ mereka membahan atau mengenakan saya.

“Tak pernah berasa geram atau marah pun. Sebab sudah enam tahun kena perkara sama. Macam-macam mereka cakap, tapi saya di rumah okey saja.

“Kadang saya tanya juga Tok Ram, kenapa nak kena buat macam tu. Dia cakap, benda macam itu jangan ambil hati. Saya sebenarnya malas ambil tahu pun hingga tak tahu nak beri reaksi apa. Mungkin sebab sudah biasa kan,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Terdahulu, nama Alyah dan Ramli MS kekal terpalit dalam gurauan Nabil serta Jihan ketika mengendalikan GV musim terbaharu, tahun ini.

Dalam pada itu, Alyah berkata, dia tidak pernah menerima permohonan maaf secara peribadi daripada kedua-dua hos berkenaan.

   

datin alyah

Kredit foto: Instagram Datin Alyah

   

“Nabil dan Jihan tak pernah pun mesej untuk cakap maaf. Sebab saya anggap mereka bergurau.

“Saya kenal Nabil sejak dia dalam Raja Lawak lagi. Kalau diberi peluang balas balik, banyak saya boleh buat. Tapi itu kerja mereka, jadi saya biar saja.

“Saya juga tak ambil hati atau simpan dendam. Cuma orang sekeliling banyak beri tekanan, sedangkan saya okey saja,” katanya.

Mengenai perkembangan terkini, penyanyi yang sedang meledak menerusi single Meluruh itu bakal terbabit dalam persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34) menerusi lagu Jutaan Purnama ciptaan sepenuhnya Ezra Kong, Hael Husaini dan Omar K.

   

Sumber berita: Ada Aku Kisah - Alyah

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)