Oleh pada 25 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Facebook Astro Gempak

   

Penyanyi Naqiu menepis dakwaan yang mengatakan kononnya dia berkahwin dua dan menceraikan isteri pertama.

Wan Naqiuddin Mohd Najib atau nama popularnya, Naqiu, 33, menganggap kisah itu tidak masuk akal.

“Awak tengok muka saya, layakkah ada dua isteri? Memang tak ada.

“Saya tak tahu dari mana cerita ini timbul. Saya pun tak tahu, malah siap kata ada dua isteri. Semua tahu umur anak saya rapat, iaitu selang setahun.

“Anak sulung berusia tujuh tahun, kedua (enam), ketiga (lima), keempat (empat) dan yang bongsu baru nak masuk setahun. Jadi, bila masa saya kahwin dua tu,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau membuat kenyataan usai konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) minggu ketujuh, semalam.

Terdahulu, seorang individu yang menggunakan nama samaran Kiah Ronggeng 88 memberi bayangan seolah Naqiu telah bertindak kejam menceraikan isteri pertamanya atas hasutan isteri kedua.

Khabar angin itu antara lain mengatakan isteri Naqiu, Hani seorang wanita lemah lembut, namun sanggup merampas suami kawan baik sendiri iaitu isteri pertama vokalis kumpulan Boboy itu.

   

isteri naqiu

Kredit foto: Instagram Ria X

   

”Ini paling kelakar. Isteri saya memang merendah diri. Dia adalah teman hidup saya,” ujar Naqiu.

Penyanyi Episod Cinta itu enggan melatah, bagaimanapun hanya mampu berlapang dada terhadap perhatian diraihnya selepas 12 tahun menghilang dari radar dunia hiburan.

”Saya terbuka apa saja. Ini bermakna orang memberi perhatian pada saya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam sudut positif orang sentiasa mencari saya.

”Kalau dari segi negatif, mungkin nak menjatuhkan saya. Tapi saya banyak ke arah sudut positif. Tapi bagi saya okey saja sebab orang cari kita kan.

“Sepanjang 12 tahun senyap dan baru dalam lebih sebulan saja saya muncul semula orang sudah korek macam-macam. Sedikit sebanyak ada bagusnya juga untuk kerjaya.

”Apa pun, kepentingan saya sekarang adalah kerjaya sebab ada banyak lagi perancangan,” katanya.

Di kesempatan sama, Naqiu sempat merakamkan penghargaan kepada penyebar cerita berkenaan kerana begitu prihatin mengenai latar belakang hidupnya.

“Saya berterima kasih kepada individu itu kerana ambil berat mengenai saya. Saya doakan awak bahagia.

“Saya tak ambil pusing pun perkara ini. Sekejap saja saya akan lupakan. Sebab saya jenis macam itu,” katanya.

    

Sumber berita: Layakkah Ada Dua Isteri? - Naqiu

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)