Oleh pada 28 Dec 2019 kategori

naqiu boboy 676

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu tidak lagi menggunakan nama Boboy menjelang kemunculan tahun 2020.

Naqiu berkata, mulai kini kumpulan Boboy bakal dikenali dengan nama baharu iaitu Six Years.

“Anggota Boboy masih sama cuma namanya sahaja saya tukar sebab anak-anak saya akan gelak kalau diorang dengar nama Boboy.

“Saya bersama Six Years akan keluarkan lagu terbaru dalam masa tiga atau empat bulan lagi, Insya-Allah,” katanya menurut laporan Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan selepas berakhirnya konsert kemuncak GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu.

Dalam pada itu, penyanyi Episod Cinta ini berkata, dia juga bakal merencana kerjaya solonya, selain turut mengekalkan identiti sebagai penyanyi berkumpulan.

    

naqiu gegar vaganza 263

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

“Selepas GV2019, saya ada dua sisi. Naqiu yang bergerak solo dan juga bersama kumpulan saya, Six Years.

“Untuk Naqiu yang bergerak secara solo, saya akan teruskan. Sejak dulu lagi saya tak pernah berhenti buat lagu. Cuma saya tak tahu bila nak keluarkan sebab masa tu saya tiada platform," katanya.

Tambahnya, dia yang berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu akan lebih serius menyandang portfolio baharu itu.

“Sekarang adalah masanya saya bergelar penyanyi dan penulis lagu. Apa yang saya nak kecapi sekarang adalah untuk bergelar komposer. Saya akan keluarkan lagu baru secepat mungkin,” katanya.

   

Sumber berita: “Anak Saya Gelak Kalau Guna Nama Boboy” – Naqiu Tukar Nama Kumpulan Kepada..

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)