Oleh pada 16 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Kosmo

Kemelut antara Lan Pet Pet dan pengawal keselamatan, Yahya Manap seakan menemui titik noktah apabila pelawak itu mengakui sedang mencari waktu sesuai untuk bersemuka dan memohon maaf.

Yahya, 70, bagaimanapun, dalam respon terbaharunya, tetap akan meneruskan tindakan saman dan ia telahpun dalam tindakan peguam.

“Secara hukum, saya sedia memaafkan Mazlan, tetapi hal membabitkan saman tetap diteruskan.

“Maruah saya sudah tercemar, rasa terhina, trauma dan malu kepada orang ramai,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Bakal mengemukakan saman dalam tempoh terdekat, Yahya yang ditanya tentang hukuman denda RM2,000 daripada mahkamah terhadap Lan, menganggap ia terlalu rendah.

“Memang rendah, tetapi itu keputusan mahkamah. Kalau ikutkan hati memang tidak puas hati, tetapi tidak mengapa, mahkamah yang memutuskan,” katanya .

Semalam, Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 49, mengaku bersalah sebelum dikenakan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan memukul dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pada 6 April lalu.

Beliau mendedahkan keinginan untuk mengadakan pertemuan secara tertutup dengan Yahya bagi meleraikan salah faham yang timbul.

selepas lan pet pet mohon maaf ini pula respon pak guard 2

Kredit foto: Instagram Lan Pet Pet

“Saya mengaku saya bersalah dan memohon maaf dengan apa yang berlaku.

“Saya merancang untuk bertemu pak cik itu (pengawal keselamatan) untuk menziarahinya. Pada pertemuan secara tertutup, saya akan mengakui kesilapan diri dan meminta maaf di hadapannya.

“Saya tak tahu kenapa saya perlu bersikap sedemikian pada malam kejadian (6 April lalu). Selama ini saya sangat menghormati orang tua.

“Saya mungkin hilang pertimbangan pada malam itu kerana ditekan dan provokasi,” katanya.

Kredit video: Youtube Berita TV9




Hakcipta iluminasi.com (2017)