Oleh pada 15 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Lan Pet Pet

Pelawak Lan Pet Pet yang memukul dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pada 6 April lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Sehubungan itu, Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 49, dikenakan hukuman denda sebanyak RM2,000.

Kes disebut di hadapan Majistret, Mayon Yusof sementara pendakwaan pula dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mas Syafiqah Mahroob.

belasah pengawal keselamatan akhirnya ini denda buat lan pet pet 2

Kredit foto: Instagram Lan Pet Pet

Sabtu lalu, bekas anggota kumpulan lawak, Senario itu dilaporkan memandu Proton Perdana ketika 'menceroboh' masuk taman perumahan Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan sekitar jam 8 malam.

Beliau dikatakan mengekori kenderaan seorang penduduk.

Bagaimanpun, pengawal keselamatan berusia 70 tahun, Yahya Manap bertindak menutup palang pos keselamatan sebelum tercetusnya babak pergaduhan antara mereka kerana pelawak terbabit berang angkara ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat.

Pertengkaran mengakibatkan mangsa ditumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali sebelum ditendang.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung, bengkak pada muka dan sakit belakang badan.

Kejadian menjadi tular di media sosial menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pondok pengawal dan video amatur orang awam.

Susulan itu, pelawak berkenaan ditahan pada 7 April lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Semalam, portal Mstar Online melaporkan kakak ipar Lan iaitu pelakon Rozita Che Wan menyifatkan isu yang tercetus hanyalah fitnah besar daripada pihak tertentu.

       

Kredit video: Youtube Berita TV9

Sumber:

1. Mstar [1, 2]

2. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)