che ta nak jadi penyanyi ini respon hazami

Kredit foto: Instagram Hazami & Instagram Rozita Che Wan

Penyanyi dan komposer, Hazami berhasrat merealisasikan harapan Rozita Che Wan untuk bergelar seorang penyanyi.

Kata Hazami, aktres cantik itu sudahpun beberapa kali mahukan karyanya sebagai lagu produk perniagaan beliau.

Bagaimanapun, projek yang dirancang mereka terpaksa ditangguh demi memberi laluan kepada penyertaannya dalam program realiti Gegar Vaganza musim keempat.

Namun impian kerjasama itu kembali diperkatakan dalam sebuah pertemuan baru-baru ini.

"Pada pertemuan baru-baru ini, perkara itu dibincangkan semula dan nampaknya, Che Ta bersungguh-sungguh untuk menggunakan khidmat saya," kata Hazami kepada BH Online.

Penyanyi dan komposer lagu Tekad ini tidak ketinggalan menggunakan peluang sama untuk mengajak Che Ta terjun ke bidang nyanyian.

"Dari situ juga, saya cuba memancingnya untuk menyanyi pula," dedah Hazami.

Mengimbas detik pertama melihat Che Ta menyanyi, Hazami mengatakan dia terlebih dahulu melihat rakaman video peribadi usahawan itu mendendangkan lagu tradisional.

"Sebenarnya, teman saya yang juga pekerja Che Ta pernah merakamkan video dia menyanyi lagu tradisional secara rahsia.

"Saya dapati, dia mempunyai alunan suara yang baik dan bukan jenis yang menjerit.

"Jadi, mungkin saya akan menghasilkan lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden untuknya.

"Mungkin juga kita boleh ajak suaminya, Zain, untuk menyanyi rap dalam lagu berkenaan," katanya.

Harapan terakhir Hazami agar Che Ta dapat bersabar sehingga kerjanya bersama dua penyanyi lain selesai.

"Saya harap, Che Ta dapat tunggu dulu hingga saya selesaikan kerja bersama Azharina Azhar dan Aishah," katanya yang bakal menghasilkan lagu terbaharu untuk dua penyanyi itu. 

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)