Oleh pada 14 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan & Instagram Lan Pet Pet

Laman sosial kecoh apabila pelawak Lan Pet Pet didakwa membelasah dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

Begitupun, portal Mstar Online yang bertemu kakak ipar pelawak berkenaan, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, menganggap isu itu sekadar fitnah besar yang dicanangkan pihak tertentu.

“Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang.

“Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajal kecil.

“Perkara seperti ini kalau kita tak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah,” katanya.

Beliau membuat kenyataan sewaktu menghadiri majlis koleksi Rindu Lebaran dan pelancaran lagu raya E1 Band di Publika, hari ini.

Isteri Zain Saidin itu mengulas isu pelawak dilaporkan memandu Proton Perdana ketika 'menceroboh' masuk sebuah kawasan perumahan kerana dikatakan mengekori kenderaan seorang penduduk.

Pengawal berumur 70 tahun kemudiannya bertindak menutup palang pos keselamatan sebelum tercetusnya babak pergaduhan antara mereka hingga mengakibatkan mangsa cedera di bahagian hidung, bengkak pada muka dan sakit di belakang badan.

Sementara itu, menjawab pertanyaan berkenaan sindiran dilontarkannya kepada seorang pereka fesyen, Che Ta berkata, ia hanyalah kenyataan berbentuk jenaka.

insiden lan pet pet perkara biasa fitnah pihak tertentu lagi penjelasan lanjut che ta 2

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

“Sebelum ini dia pernah perli, artis pun sibuk nak jadi pereka fesyen. Jadi bila saya dengar dia pula nak jadi penyanyi, saya hanya gurau-gurau manja.

“Ayat saya tercekik sudu tidaklah keras sangat. Saya hanya nak buat kelakar sahaja. Hubungan kami sangat baik, saya siap tembah baju tiga pasang dengan Ezuwan.

“Tak tahu la kalau di belakang dia mengata saya. Sejujurnya, saya suka lagu semalam sahaja dan video klip dia pun cantik,” katanya.

Terdahulu, Che Ta 'membahan' pereka fesyen, Ezuwan Ismail yang mencuba cabang seni sebagai penyanyi dengan layangan sindiran ‘suara tercekik sudu’.

      

Sumber:

1. Mstar

2. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)