Oleh pada 28 Jan 2020 kategori

vivy jeffry

Kredit foto: Instagram Amar Asyraf

    

Isteri kedua Amar Asyraf, Vivy Jeffry mendedahkan dirinya sudah dicerai talak tiga oleh aktor itu, pada 4 November lalu.

Susulan itu, Vivy berharap agar Amar dapat memberikan kerjasama dalam menyudahkan proses perceraian di mahkamah berikutan pelakon itu tidak dapat dihubungi kerana nombor telefonnya disekat.

"Saya reda dan pasrah apabila diceraikan dengan talak tiga.

"Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Saya enggan bermusuh dengan sesiapa.

"Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi.

"Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpisahan ini berjalan lancar," katanya memetik laporan Harian Metro.

Dalam pada itu, Vivy berkata, dia tidak menyimpan dendam atau berasa marah terhadap suami, cuma berharap agar segala urusan perceraian mereka dapat disegerakan.

    

amar asyraf kahwin dua

Kredit foto: Instagram Amar Asyraf

    

"Ketika perceraian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak. Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.

"Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.

"Jika diikutkan tempoh edah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku ia tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah," katanya.

Terdahulu, status Vivy sebagai isteri kedua Amar terbongkar selepas seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman mendakwa hampir berkahwin dengan Amar, sebelum mendapat tahu pelakon itu sudah beristeri dua dan mempunyai anak hasil perkahwinan keduanya.

    

Sumber berita: Vivy kena cerai talak tiga

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)