permintaan mengejutkan peminat selepas siti nordiana dan imam muda asyraf jadi pengacara meletop 1

Kredit foto: Instagram Imam Muda Asyraf 

Kita sedia maklum akan kemunculan penyanyi Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf sebagai pasangan pengacara dalam program hiburan Meletop baru-baru ini.

Pada yang masih belum tahu, hos asal iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad mengambil cuti pada episod tersebut atas sebab-sebeb tertentu.

Tidak dinafikan gaya pengacaraan Nana dan Asyraf mempunyai keserasian dan daya tarikannya yang tersendiri.

Manakan tidak, selesai sahaja episod tersebut, rata-rata netizen memberikan komen positif terutamanya kepada Asyraf. Ini kerana konsep program hiburan bukanlah dalam bidangnya,

Lebih mengejutkan, ada juga pengikut rancangan hiburan tersebut yang meminta pasangan pengacara ini menggantikan terus Neelofa dan Nabil.

Ikuti pendedahan penuh Asyraf yang masih tidak percaya dengan respon yang diterimanya.

permintaan mengejutkan peminat selepas siti nordiana dan imam muda asyraf jadi pengacara meletop 2

Kredit foto: Instagram Imam Muda Asyraf

Terus-terang, apabila pihak produksi meminta saya menggantikan Nabil yang ketika ini sedang mengerjakan umrah, untuk mengacarakan Meletop, saya cuba menolaknya dengan baik. Selain tidak sesuai dengan imej saya yang lebih kepada program bercorak keagamaan, saya juga bukanlah orang yang pakar mengenai industri hiburan tanah air. Bagaimanapun, selepas mereka meyakinkan konsep program pada malam itu bukanlah menjuruskan kepada gosip semata-mata, selain pengisiannya juga bersesuaian dengan Ramadan, saya menerimanya. Memang saya risau dengan komen penonton dan saya juga takut dikecam. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila 90 peratus daripada komen diterima menyukai apa yang saya tampilkan dalam program itu. 

Sumber: BH Online

Bukan mudah sebenarnya untuk membina keserasian, tambahan pula Nana dan Asyraf masih agak hijau dalam bidang pengacaraan. Mungkin pihak Astro boleh menyediakan sebuah lagi program televisyen khusus untuk menggandingkan Nana dan Asyraf kerana ramai peminat yang sudah mula jatuh cinta dengan gandingan mereka.


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)