Oleh pada 16 Aug 2017 kategori

izreen azminda disingkirkan program hiburan popular atas permintaan seorang artis 1 231

Kredit foto: infomasiberitasensasi.blogspot.my 

Pelakon Izreen Azminda menganggap rezeki tidak berpihak kepadanya apabila sebuah program hiburan popular menyingkirkan penglibatannya pada saat-saat akhir.

Bagaimanapun Izreen berasa kecewa apabila mendapat tahu dia disingkirkan atas permintaan seorang selebriti yang turut terlibat dalam rancangan berkenaan.

Ikuti luahan penuh Izreen: 

izreen azminda disingkirkan program hiburan popular atas permintaan seorang artis 2 611

Kredit foto: Instagram Izreen Azminda

Pada awalnya nama saya turut dipilih menyertai program itu dan pihak produksi juga sudah menetapkan tarikh bagi mengadakan sesi fotografi dan promosi. Tiba-tiba, pihak produksi memberi alasan sesi fotografi dan promosi ditunda. Apabila saya bertanyakan pada pengurus, dia kata, sebenarnya nama saya disingkirkan. Saya difahamkan, artis terbabit meminta produksi untuk membuat pilihan sama ada memilih saya atau dirinya. Sudah semestinya nama dia yang akan dipilih. Saya anggap bukan rezeki saya dan saya juga memaafkan artis itu, jika benarlah apa yang dimaklumkan kepada saya. Cuma saya nak cakap, jika dia ada perasaan tak selamat dalam diri dan paranoid, memang hati takkan tenang sampai bila-bila.

Jika benarlah apa yang dikatakan Izreen ini, diharapkan selebriti berkenaan dapatlah bersifat lebih profesional dalam kerja. Lagipun industri hiburan di Malaysia ini tidaklah besar manapun, pusing-pusing nampak muka yang sama juga. Jika hari ini dapat mengelak, barangkali esok lusa ketemu jua. 


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)