Oleh pada 24 Sep 2017 kategori

aksi cium fattah amin ini permintaan janna nick 1

Kredit foto: Instagram Janna Nick & Instagram fatt4stictv80xds

Aktres Janna Nick menggesa para pengikut Instagram supaya tidak mengaitkan ibu bapanya sewaktu melontarkan kritikan.

Malah dia dengan terbuka hati menerima segala bentuk kecaman asalkan tidak melibatkan keluarga.

aksi cium fattah amin ini permintaan janna nick 2

Kredit foto: Instagram Janna Nick
Ruangan kecaman, nasihat, pujian, kritikan, luahan perasaan, masalah rumah tangga, berniaga, tinggi langsing, vitamin kurus gemok, bengkung Sajat disediakan. Sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah. Bahasa kesat dibenarkan, semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya.
Sumber: Instagram Janna Nick

Janna membuat kenyataan tersebut dalam sebuah kiriman Instagramnya pada Jumaat.

Terdahulu, pelakon berusia 22 tahun itu menimbulkan kontroversi apabila rakaman adegan ciumnya bersama aktor Fattah Amin menerusi drama Coffee Prince tular di laman sosial hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Rata-rata netizen berang kerana beranggapan babak itu tidak sepatutnya diselitkan kerana hanya akan memberi pengaruh buruk kepada para pengikut mereka.

Dalam pada itu, Janna masih meletakkan penghargaan kepada netizen yang menghentam kerana menganggap mereka ambil berat tentang dirinya.

Segalanya diterima dgn hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit. Terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang anda kepada saya.
Sumber: Instagram Janna Nick

Coffee Priince adalah karya adaptasi drama Korea yang bakal bersiaran pada November ini di saluran Astro Ria. Di bawah arahan Michael Ang, drama bersiri itu antara lain turut membariskan pelakon Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)