Oleh pada 14 Oct 2019 kategori

isteri amar asyraf 578

Kredit foto: Instagram Ashraf Muslim & Instagram Amar Asyraf

    

Rentetan isu pelakon Amar Asyraf yang dikatakan beristeri dua dan hampir berkahwin buat kali ketiga, aktor Ashraf Muslim tampil meluahkan pandangan.

Menurut Ashraf, 38, hak Amar untuk berpoligami tidak sewajarnya dipertikaikan selagi beliau berkemampuan, bagaimanapun sebagai seorang selebriti, dia sepatutnya menghebahkan perkara itu kepada umum bagi mengelakkan fitnah.

    

amar asyraf kahwin 591

Kredit foto: Instagram Ashraf Muslim

    

"Patutnya Amar kena jumpa saya, mungkin saya boleh beri nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti, ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita.

"Jadi, kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah. Nak kahwin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul.

"Berpoligami ini tidak salah sekiranya seorang suami itu mampu daripada segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. Paling penting, mampu menggalas amanah yang Allah berikan.

"Kalau rasa-rasanya tak mampu, janganlah buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya," katanya memetik laporan Mstar.

Ashraf membuat kenyataan sewaktu menghadiri acara Megaklinik Zahran Fun Run Heart For Heart yang berlangsung di Megaklinik Zahran, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, semalam.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011, sebelum disatukan dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi sebagai isteri kedua pada 7 Julai 2013.

Hasil perkongsian hidup bersama dua isteri, beliau dikurniakan empat orang zuriat iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3, Adam Ashraf 2, dan Safiyyah Ashraf yang berumur setahun.

    

Sumber berita: “Kalau Rasa-Rasanya Tak Mampu, Janganlah Buat” - Amar Asyraf Patut ‘Berguru’ Dengan Ashraf Muslim Cara Poligami

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)