Oleh pada 24 Feb 2018 kategori

didakwa ada hubungan dengan amar baharin ini respon izreen azminda 1

Kredit foto: Instagram Amar Baharin & Instagram Izreen Azminda

Aktres Izreen Azminda berang apabila sebuah akaun Instagram mendakwa kononnya wajah anaknya dan anak pasangan Amar Baharin serta Amyra Rosli mempunyai persamaan.

Lebih biadab apabila admin Instagram itu menyarankan agar bekas suami Izreen melakukan ujian DNA.

Lanjutan itu, Izreen memuat naik kapsyen marah sambil menegaskan anaknya itu merupakan hasil perkahwinan beliau dengan pengarah, Muhammad Riza pada tahun 2012, sekaligus tidak mempunyai kaitan dengan Amar.

didakwa ada hubungan dengan amar baharin ini respon izreen azminda 2

Kredit foto: Instagram Izreen Azminda

“Hidup tu jangan biadab! Tak ada life ke? Sampai anak saya awak nak babitkan!

“Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya saja lah. Yang nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ni dah kenapa?

“Saya berkahwin dgn bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13. Kalau anak orang lain takkan bertahun-tahun dalam perut,” ujarnya.

Izreen pernah menerajui drama popular, Kerana Terpaksa Aku Relakan pada 2014 bersama Amar selaku hero.

Dalam pada itu, Izreen yang sekian lama berdiam diri, tampil memberi amaran kepada admin berkenaan.

“Saya diam agak lama ya. Ada juga yang nak kena tindakan ni. Jangan ingat saya diam, saya tak ambil peduli.

“Nampak sangat hati awak busuk sampai pengikut awak yang hantar gambar ini pada saya,” tulisnya.

Sementara itu, sebuah lagi kiriman terbaru memperlihatkan Izreen merakam gambar bersama anaknya berserta kapsyen kesinambungan daripada isu yang berlaku. 

“Allah lebih mengetahui. Semoga sempat terampun dosa mereka yang menabur fitnah terutamanya menabur fitnah pada insan yang masih kecil dan tidak mengetahui apa-apa.

“Semoga Allah memberi pertunjuk dan hidayah pada hati mereka yang hitam dan penuh kebencian itu,” tulisnya.

Izreen berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012, sebelum bercerai pada 2014.

Kemudian Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Wahid atau Ude, 29, pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Amar dan Amyra berkahwin pada 11 November 2016.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)