Oleh pada 07 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Fazura & Instagram Hans Isaac

Pelakon terkenal, Nur Fazura memberitahu kemunculannya sebagai penyampai trofi di Festival Filem Malaysia 30 (FFM 30) bersama suami, Fattah Amin, adalah demi memenuhi tuntutan pihak produksi.

Menurut Nur Fazura atau lebih dikenali sebagai Fazura, 36, beliau hanya melaksanakan tugasan kerana ingin melihat kelancaran majlis berjalan dengan sempurna.

"Jadi, saya menjelaskan bahawasanya saya hanya menjalankan tugas sebagai penyampai trofi.

"Saya mengikut arahan dan permintaan daripada pihak produksi, Astro bagi melancarkan majlis.

"Apabila saya menerima kiriman mesej daripada Datuk Hans Isaac, apa yang saya buat adalah merujuk kepada pihak pengurusan saya, Universal Music Malaysia.

"Mesej yang dihantar oleh Hans itu telah menuduh saya bersikap tidak profesional di malam FFM 30.

"Sebagai penyampai di FFM 30, saya terikat dengan kontrak bersama Astro. Saya serahkan semuanya kepada pihak pengurusan saya," katanya kepada Astro Gempak.

Pelakon Ayat-Ayat Cinta 2 itu membuat kenyataan sewaktu menghadiri majlis pelancaran Fattastic Raya yang berlangsung di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, beliau menolak dakwaan kononnya mengenakan syarat untuk 'menyelitkan' suami sebagai penyampai anugerah FFM 30.

Ekoran itu, dakwanya, pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac telah mengirimkan Whatsapp menuduhnya bersikap tidak profesional terhadap acara berprestij tersebut.

Dalam pada itu, Fazura meminta Hans supaya mendedahkan kepada umum kiriman mesej yang dikatakan bersifat 'friendly' itu.

selepas tuntut hans isaac mohon maaf ini lagi permintaan terbaru fazura 2

Kredit foto: Instagram Fazura

"Saya juga ingin mengalu-alukan Hans untuk berkongsi mesej tersebut yang dikatakan bersifat 'friendly' dan hanya ditujukan terhadap kawan kepada umum supaya orang ramai boleh membuat penilaian sendiri.

"Saya di sini menegaskan bahawasanya saya hanya bersikap profesional sebagai penyampai trofi.

"Saya meneliti dan membaca beberapa kali Hans menyebut bahawa pesanan mesej itu dihantar dalam berbentuk 'friendly' untuk seorang kawan.

"Pada pendapat saya sebagai seorang kawan, saya tidak akan menghantar mesej yang berbentuk tuduhan seperti itu," katanya.

FFM 30 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berlangsung minggu lalu di Pusat Konvesyen Antarabangsa.

      

Kredit video: Youtube Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)