terima aduan ramai jabatan perhilitan serbu rumah datuk aliff syukri 1 185

Kredit foto: The Malay Mail Online 

Kecoh apabila rumah usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri menerima kunjungan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan Jabatan Perhilitan.

Semuanya gara-gara Aliff didakwa melakukan penderaan terhadap kucing eksotiknya.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak jurucakap penguatkuasa veterinar, beliau mengesahkan berita serbuan tersebut.

Ini kenyataan penuh setelah pemeriksaan dilakukan terhadap kucing Aliff yang bernama Dodi. 

terima aduan ramai jabatan perhilitan serbu rumah datuk aliff syukri 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya. Malah, Datuk Aliff juga mempunyai permit yang sah untuk membeli kucing tersebut. Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya. Kami sarankan beliau supaya buat Pet Passport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik.

Sumber: Sinar Harian

Dalam kenyataan Aliff pula, dia melahirkan rasa terkejut dengan serbuan yang dibuat. Beliau kesal dengan tuduhan melulu oleh sesetengah pihak yang membuat aduan berkenaan.

Bagaimanapun Aliff tetap menghargai operasi yang dijalankan oleh jabatan tersebut kerana telah mendedahkan kebenaran yang ternyata berpihak kepadanya. 

Menurut Aliff, dia berharap masyarakat memahami caranya memelihara Dodi yang tidak wajar dikategorikan sebagai kes penderaan. Malah dia mendedahkan telah menghabiskan sekitar RM10 ribu semata-mata untuk menjinakkan kucing liar itu. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)