Kredit foto: lokmanamirul.com 

Meskipun baru sahaja memulakan siaran di kaca TV, nampaknya sambutan netizen untuk drama Mencintaimu Mr. Photographer bukanlah calang-calang.

Apatah lagi drama ini mula dibandingkan dengan dua drama fenomena terdahulu iaitu Hero Seorang Cinderella (HSC) dan Suri Hati Mr Pilot (SHMP).

Menurut netizen, Mencintaimu Mr. Photographer tidak memerlukan publisiti murahan seperti cinta lokasi dan isu lain demi untuk menaikkan tontonan. Drama tersebut dikatakan mempunyai kualiti yang membolehkannya berdiri atas kekuatan jalan ceritanya sendiri.

Bukan sahaja jalan cerita, antara yang paling mencuri perhatian ialah gandingan segar pelakon utamanya iaitu Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. 

selamat tinggal fattah amin kini giliran syafiq kyle 2

selamat tinggal fattah amin kini giliran syafiq kyle 3

Kredit foto: hanasuva.com

Ada juga yang sudah mengucapkan selamat tinggal kepada aktor Fattah Amin kerana teruja dengan kehadiran Syafiq Kyle.

Apapun, kita lihat sejauh mana drama ini mampu menandingi populariti HSC dan SHMP memandangkan ia baru sahaja memulakan siaran.

selamat tinggal fattah amin kini giliran syafiq kyle 4

Kredit foto: engkumuzahadin.blogspot.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)