Oleh pada 31 May 2018 kategori

ada sesuatu ingin diperkatakan fattah amin isu video panas syafiq kyle 1

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle & Instagram Fattah Amin

Sebagai rakan artis, Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura akui memahami situasi dilalui aktor Syafiq Kyle berhubung isu 'video panas' yang tular baru-baru ini.

Namun, Fattah yang juga dicungkil bakatnya menerusi program Hero Remaja seperti Syafiq, berharap sahabatnya itu mampu menangani isu yang timbul melalui perbincangan lanjut bersama pihak pengurusan.

"Bagi saya, gosip boleh berlaku pada mana-mana selebriti termasuk diri saya. Kita harus bersedia dalam menghadapi perkara ini.

"Sudah namanya gosip, belum tentu betul atau salah. Macam saya, jika kontroversi tercetus, saya akan berbincang dengan pihak pengurusan. Ini kerana kadang-kala kita tidak tahu bagaimana mahu uruskan isu yang timbul.

"Saya dan isteri (Fazura) bersimpati dengan Syafiq. Apatah lagi perkara ini berlaku pada bulan Ramadan," katanya sebagaimana dilaporkan portal BH Online.

ada sesuatu ingin diperkatakan fattah amin isu video panas syafiq kyle 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Beliau ditemui di majlis pelancaran single lagu raya 'Syawal Kali Ini' nyanyiannya di sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam pada Selasa.

Petang Selasa, Syafiq dalam kenyataan di Instagram memaklumkan pihaknya sedang dalam proses mencari penyelesaian terbaik terhadap kontroversi itu.

Bagaimanapun Syafiq berharap ia tidak lagi dipanjangkan demi menghormati kesucian bulan Ramadhan.

Selain video panggilan lucah, Syafiq turut dikaitkan dengan paparan skrin perbualan didakwa dirinya dengan seorang individu.

Dalam pada itu, Fattah berharap netizen dapat memberi kerjasama dengan tidak mengulas berkenaan hal tersebut agar ia tidak terus berlarutan. 

"Bayangkan, jika kita sebarkan isu ini, secara tak langsung kita mengambil bahagian dalam perkara yang tercetus... Lebih baik berdiam," katanya.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)