Oleh pada 27 May 2017 kategori

Kredit foto: budiey.com 

Sejak mengungguli Trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 30) baru-baru ini, nama pelakon Fattah Amin kerapkali menjadi sindiran di media sosial menerusi jolokan gelaran 'kayu'.

Ini dibuktikan menerusi pencarian enjin Google yang akan memaparkan wajah Fattah jika anda menaip kata kunci 'kayu paling popular'.

Bagaimanapun Fattah dalam temubual terbarunya mengakui tidak mengambil serius perkara tersebut, malah menganggapnya sebagai sesuatu yang kelakar.

digelar kayu paling popular ini jawab fattah amin 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Sebenarnya, ucapan kemenangan yang terkandung perkataan kayu di atas pentas ABPBH 30 adalah kerana sewaktu awal kemunculan saya di persada lakonan, ramai yang memberi kritikan mengatakan saya kayu. Bila gelaran 'kayu paling popular' viral, saya hanya tergelak kerana saya rasakan perkara tersebut lucu dan kelakar. Saya langsung tidak terasa hati atas gelaran tersebut.

Sumber: Astro Gempak

Dalam perkembangan lain, Fattah melahirkan kesyukuran apabila drama terbarunya, Hero Seorang Cinderella (HSC) mula mendapat tempat di hati peminat.

digelar kayu paling popular ini jawab fattah amin 3

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Alhamdulillah, walaupun drama bersiri tersebut baru ditayangkan, saya gembira dan bersyukur apabila melihat sambutan baik peminat. Ramai yang suka dengan gandingan saya bersama Nur Fazura. Saya berharap drama ini akan mendapat sokongan ramai sehingga ke penghujung episod.

Sumber: Astro Gempak

Drama bersiri Hero Seorang Cinderella telah mula bersiaran sejak 22 Mei lalu, ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 




Hakcipta iluminasi.com (2017)