shmp raya gandingan terakhir fattah dan neelofa 1

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Michael Ang dalam satu wawancara terbaru memberitahu gandingan Neelofa dan Fattah Amin dalam telefilem Suri Hati Mr Pilot Raya dibuat sebagai tanda penghargaan kepada para peminat Lofattah. 

shmp raya gandingan terakhir fattah dan neelofa 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Khas buat semua peminat ‘Lofattah’, sebuah telefilem sambungan daripada Suri Hati Mr. Pilot akan dihasilkan dan akan ditayangkan pada Hari Raya nanti. Penghasilan drama itu bukan sahaja bagi memenuhi permintaan peminat tetapi juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka sehingga Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena. Selain itu saya ingin merealisasikan impian peminat yang ingin melihat Neelofa dan Fattah bergandingan semula dalam drama.

Sumber: Mstar

Sungguhpun begitu, naskhah 'Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot' tersebut bakal menjadi yang terakhir untuk gandingan mereka berikutan tiada perancangan untuk terbitan musim baru siri itu. 

shmp raya gandingan terakhir fattah dan neelofa 3

Kredit foto: Instagram Neelofa

Sementara itu, Neelofa mengakui kemunculannya bersama Fattah dalam telefilem tersebut adalah satu peluang yang baik kerana kehangatan siri itu yang masih dirasai peminat. 

Fenomena #Lofattah sangat kuat dan sayang kalau tidak guna peluang ini memandangkan jenama Suri Hati Mr. Pilot itu masih disukai. Peminat masih ingin melihat kami bergandingan dan ini kerana mereka suka dengan kombinasi kami.

Sumber: Mstar 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)