tinggal serumah alvin chong sangsi kebersihan fattah amin 1

Kredit foto: rojakdaily.com & mforum.cari.com.my

Pelakon Alvin Chong tanpa berselindung mendedahkan keraguannya terhadap kebersihan pelakon Fattah Amin sebelum mereka digandingkan bersama dalam program realiti The House.

Rancangan yang menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak itu menuntut dua rakan baik ini untuk tinggal bersama.

Dedah Alvin, dia adalah seorang yang amat menjaga kebersihan dan mempunyai masalah Obsesif Kompulsif (OCD).

tinggal serumah alvin chong sangsi kebersihan fattah amin 2

Kredit foto: onedirectmoviez.blogspot.com
Apabila dapat tahu saya kena duduk serumah dengan Fattah, benda pertama yang terlintas adakah dia seorang yang pembersih. Adakah saya perlu tidur sekatil dan guna tandas yang sama dengannya? Sebab saya tak suka lantai basah selepas digunakan. Tapi nasib baik, dia juga seperti saya dan tahu menjaga kebersihan. Jadi, tak ada masalah bab itu.
Sumber: Mstar

Mengulas perkembangan terbarunya, Alvin menceritakan pengalaman bergandingan bersama pelakon Emma Maembong dalam drama Awak Suka Saya Tak yang dijangka memasuki tayangan televisyen pada Oktober nanti.

Membawakan watak mualaf buat kali kedua, Alvin gusar sekiranya akan timbul kontroversi sebagaimana yang terjadi ketika dia berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP).

Dalam SHMP, beberapa babak menjadi pertikaian netizen termasuk babak Alvin memberi salam. Manakala menerusi Awak Suka Saya Tak, jelas Alvin dia dikehendaki untuk menunaikan solat, membaca Al-Quran dan melaungkan azan.

tinggal serumah alvin chong sangsi kebersihan fattah amin 3

Kredit foto: Instagram Alvin Chong
Watak ini sangat berat kerana saya merupakan seorang mualaf yang masuk Islam dengan sendirinya. Banyak babak saya kena solat dan juga azan, tetapi babak itu akan dialih suara. Jadi, saya harap penonton tidak salah faham dengan apa yang saya lakukan.
Sumber: Mstar

Tayangan siri The House yang menampilkannya bersama Fattah Amin dijadualkan bersiaran mulai 20 September ini. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)