Oleh pada 15 Dec 2017 kategori

bakal kahwin dengan pengurus selepas pulang dari umrah ini kata siti nordiana 1

Mengakui belum ada lelaki menambat hatinya untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi, penyanyi Siti Nordiana berjanji tidak akan merahsiakan perkahwinannya kelak.

Akui Siti Nordiana atau Nana, dakwaan kononnya dia bakal bernikah dengan pengurusnya, Anas, selepas pulang daripada umrah juga tidak benar.

“Tak benarlah dakwaan saya nak berkahwin dengan pengurus sendiri. Hubungan dengannya sekadar rakan sekerja.

“Apa pun, saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Kalau ada calon, saya beritahu. Saya harap semua faham dan berhenti membuat spekulasi,” katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Penyanyi berusia 33 tahun ini menegaskan pemergian bersama Anas di Makkah untuk menunaikan umrah sama sekali tiada kaitan dengan niat mahu berkahwin seperti dianggap sesetengah pihak.

Katanya, mereka sememangnya tidak mempunyai hubungan istimewa.

bakal kahwin dengan pengurus selepas pulang dari umrah ini kata siti nordiana 2

“Keberadaan pengurus saya di Makkah pun atas pilihannya sendiri kerana dia juga berkawan dengan ustaz yang membawa rombongan jemaah yang kami ikuti.

“Memang jelas tidak ada sebarang perancangan ke arah itu. Apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang sayang dan mendokan kebaikan buat saya,” katanya.

Tambah Nana, dia juga tidak ke Makkah semata-mata untuk berdoa mendapatkan jodoh.

Sebaliknya, harapannya lebih kepada ingin menetapkan diri dan iman agar lebih istiqomah dengan kehidupan hijrahnya.

bakal kahwin dengan pengurus selepas pulang dari umrah ini kata siti nordiana 3

bakal kahwin dengan pengurus selepas pulang dari umrah ini kata siti nordiana 4

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana
Sumber berita: Harian Metro

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)