Oleh pada 20 Mar 2018 kategori

foto anak siti nurhaliza tersebar 1

Kredit foto: Astro Gempak

Suami penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengakui foto bayi yang tersebar di media sosial ketika ini adalah wajah anak perempuannya yang dilahirkan Siti semalam.

Mereka yang sepatutnya bercadang mendedahkan wajah bayi bersama namanya dalam tempoh terdekat ini, bagaimanapun terpaksa akur apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkannya.

Khalid berkata, ia suatu perkara yang berada di luar kawalan beliau kerana ramai ahli keluarga terdekat yang berkunjung melawat Siti di hospital.

foto anak siti nurhaliza tersebar 2

Kredit foto: Astro Gempak

“Ya, itu memang foto anak kami, takkanlah kami nak menafikannya. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah isteri serta anak kami," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Khalid melahirkan rasa terkilan kerana mengikut perancangan asal, mereka hanya akan mendedahkan wajah bayi berkenaan dalam sebuah majlis istimewa yang diaturkan.

"Sejujurnya, saya rasa amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan foto itu kerana kami sudah mempunyai perancangan untuk memaparkan wajah anak kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas," kata Khalid.

Sementara itu, beliau juga menangkis dakwaan sesetengah pihak yang menganggap nama Fatimah Az-Zahra adalah nama sebenar anak mereka.

Walhal ia hanyalah nama sementara sebelum nama penuh sebenar yang bakal didedahkan dalam tempoh seminggu dari hari kelahiran.

foto anak siti nurhaliza tersebar 3

Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangka Fatimah itu adalah nama sebenar. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama sebenar yang sudah pun kami pilih," katanya.

Terdahulu, Siti melahirkan bayi berjantina perempuan pada jam 8.17 pagi semalam, di sebuah pusat perubatan di ibu kota.  

Ia merupakan bayi perempuan sulung Khalid yang terlebih dahulu dikurniakan empat anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)