Oleh pada 29 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Zoey Rahman & Instagram Siti Nordiana

Pelakon Zoey Rahman menegaskan hubungannya dengan penyanyi popular, Siti Nordiana atau Nana masih berjalan dengan baik, sekaligus menidakkan dakwaan kononnya persahabatan itu retak.

Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 32, bagaimanapun berkata, di ketika ini kesibukan komitmen masing-masing membataskan peluang untuk mereka bertemu.

Apatah lagi beliau baharu sahaja bertukar kediaman serta pejabat atas faktor lokasi.

"Saya buat keputusan pindah pejabat di tempat baru di Cheras bukan kerana sudah bergaduh atau bermasalah dengan Nana sebab dulu pejabat kami bersebelahan.

"Ia kerana saya cuma memikirkan sudah tiba masa berpindah pejabat lebih selesa dan ada ruang luas berikutan jumlah pekerja pun makin bertambah dan skop operasi kian besar," katanya memetik laporan Harian Metro.

Katanya, angkara tidak lagi berkongsi foto bersama Nana di laman Instagram, peminat mula bertanya menerusi 'DM' adakah mereka mempunyai masalah peribadi dalam perhubungan.

bergaduh dengan siti nordiana ini jawab zoey rahman 2

Kredit foto: Instagram Zoey Rahman

"Tiada sebab pun untuk saya dan Nana gaduh atau bermasalah kerana status kami hanya kawan rapat saja. Tidak lebih daripada itu.

"Selama ini pun, peminat yang membuat andaian kami bercinta kerana foto-foto yang saya muat naik di IG termasuk pergi umrah bersama pada tahun lalu," katanya.

Zoey akui cabang seni lakonan kekal menjadi keutamaannya kerana permintaan masih ada, termasuk tawaran menerajui drama selaku hero.

"Setakat ini, saya tidak melihat situasi diri sudah 'jatuh taraf' untuk terus mendapat peluang menjadi hero dalam drama.

"Pencapaian saya dalam karier lakonan Alhamdulillah masih baik dan tetap diberi peluang untuk watak utama meskipun saya tidak bersikap cerewet memilih tawaran berlakon," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zoey yang meletup menerusi drama komedi, Mat Rukun siaran TV9 tahun lalu, kini meniti di bibir peminat menerusi drama Cik Sempurna siaran TV3 sebagai watak utama, yang antara lain menampilkan Azrel Ismail, Emma Maembong dan Dayang Areeda.

Ke udara sebanyak 26 episod, saksikan drama terbaharu ini pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)