Oleh pada 20 Nov 2017 kategori

ramli ms kata siti nordiana tak bersungguh menyanyi ini jawabnya 1

Kredit foto: BH Online & Astro Gempak

Penyanyi Siti Nordiana, 33, menangkis dakwaan kononnya dia bersifat acuh tak acuh ketika menjayakan persembahan di Konsert Gegar Vaganza 4 minggu keempat semalam.

Katanya, dia tidak pernah mengambil ringan setiap persembahan walaupun bukan dalam pertandingan.

Malah, Siti Nordiana atau nama manjanya Nana juga mengaku sudah memberikan yang terbaik berdasarkan kemampuannya.

"Persembahan semalam Naluri Cinta dengan Lan Kristal di Gegar Vaganza. Harap anda semua suka dan selamat maju jaya untuk Lan Kristal di Gegar Vaganza!

"Apapun, semalam Nana dah nyanyi sepenuh hati. Nana tak pernah buat acuh tak acuh. Segala persembahan Nana walau bukan Nana yang bertanding, Nana akan pastikan Nana tolong rakan gandingan Nana. Tapi, okaylah. Nana akan perbaiki lagi," tulis Nana dalam kenyataan yang dibuat di laman Instagram beliau, @sitinordiana.

ramli ms kata siti nordiana tak bersungguh menyanyi ini jawabnya 2

Kredit foto: Instagram Siti Nordiana

Dalam konsert yang berlangsung semalam, Nana menjadi rakan duet peserta Gegar Vaganza 4, Lan Kristal mendendangkan lagu Naluri Cinta, nyanyian asal Rohana Jalil dan To' Ki.

Namun Datuk Ramli MS dalam kritikannya selaku juri mendakwa Nana bersifat acuh tak acuh ketika menjayakan persembahan tersebut.

Konsert GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)