Oleh pada 29 Jun 2017 kategori

nokia connecting people 657

Seperti yang kita maklum era teknologi ini, pembangunan teknologi telefon pintar seakan tidak dipercayai kepantasannya. Dalam masa setahun sahaja berpuluh-puluh model dikeluarkan dengan dilengkapi teknologi terbaru dan tercanggih. Syarikat-syarikat telefon gergasi berlumba-lumba untuk memenangi hati pengguna dengan teknologi masing-masing.

nokia basic phones

Jika dulu pada tahun 1990-an, skrin telefon hanya sebesar kotak mancis dan hanya boleh digunakan untuk menghantar mesej dan membuat panggilan, namun kini skrinnya tidak ada had lagi, dan penggunaannya melebihi jangkauan minda kita. Tetapi tahukah anda, walaupun teknologi telefon semakin berkembang, namun ia tidak dapat menjadi satu ikon atau trademark yang dikenali dan diingati oleh masyarakat seluruh dunia. Dan ia sudah semestinya tidak dapat menandingi trademark yang telah dicipta oleh Nokia.

apple vs samsung

Nokia dahulunya merupakan pelopor pengeluar telefon bimbit, jika nak dibandingkan dengan sekarang, ia seperti Apple atau Samsung. Model yang paling terkenal dikeluarkan Nokia ketika itu adalah Nokia 3310. Namun bukan itu yang kita ingin perkatakan. Apa yang menjadi trademark bagi dunia telefon ketika itu adalah nada dering (ringtone) yang dihasilkan oleh Nokia, digelar sebagai "Nokia tune".

Kini, masih ada, tetapi terlalu sedikit yang menggunakan telefon bernada dering ini, hanya pengguna Nokia, kerana kebanyakannya menggunakan korus lagu-lagu artis terkenal seperti Justin Bieber, Ariana Grande dan sebagainya sebagai nada dering mereka.

Ia mungkin tidak familiar  dan tidak merasakan apa-apa jika didengari nada dering ini oleh generasi zaman sekarang, tapi bagi mereka yang hidup pada zaman 1990-an, pastinya segala memori zaman dahulu kembali terngiang-ngiang apabila mendengar nada dering ini. Dikatakan nada dering ini berkemungkinan antara nada dering yang paling terkenal pernah tercipta, dan telah dianggarkan nada dering ini didengari sebanyak 1.8 billion kali setiap hari sehingga tahun 2010.

Sejarah terhasilnya Nokia Tune

nokia 1011 654

Pada tahun 1992, nada dering ini buat kali pertamanya diperdengarkan melalui iklan komersial model Nokia 1011. Apa yang mengagumkan adalah, ia hanya berdurasi 3 saat namun dapat memberikan impak yang sangat kuat pada masyarakat dunia ketika itu. Kemudian syarikat Nokia membuat keputusan untuk menggunakan nada dering itu sebagai bunyi trademark mereka seterusnya digunakan oleh semua jenis model. Nokia 2110 merupaka model pertama yang menggunakan nada dering tersebut. Dan pada tahun 1997, nada tersebut diberi nama Grande Valse.

nokia 3310 608

Nada dering ini dihasilkan oleh seorang yang dianggap sebagai pemain gitar terhebat sepanjang zaman iaitu Franciso Tarrega. Pemain gitar berasal dari Sepanyol ini merupakan pengasas gaya gitar klasik abad ke-20. Walaupun penghasilan Nokia tune dikreditkan kepada Francisco, namun beliau bukanlah pencipta coretan bunyi berdurasi 3 saat itu. Nada tersebut diinspirasikan dan "dipinjam" olehnya daripada sedutan piano "Grande Valse" ciptaan Frederic Chopin yang dihasilkan pada tahun 1833. 

Evolusi Nokia Tune

Sehingga kini nada dering itu telah diubahsuai sehingga menjadi versi "dubstep. Dan walaupun kini semua telefon pintar hanya memainkan lagu-lagu daripada artis-artis terkenal, namun ia tidak dapat menandingi kehebatan Nokia tune ini pada satu masa dahulu.


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)