Sebenarnya, amat sukar bagi sesiapapun untuk menentukan tempat manakah paling sejuk dalam dunia. Ia bukan sekadar menjalankan penyelidikan dengan mengambil bacaan suhu. Banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira seperti lokasi, masa, tahun dan sebagainya. Walaupun saintis dan penyelidik masih berdebat tentang itu, sehingga kini terdapat 10 tempat berikut yang pernah direkodkan dan tersenarai sebagai tempat paling sejuk di dunia:

10. Rogers Pass, Montana, Amerika Syarikat 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terletak 5,610 dari paras laut di Continental Divide di Montana, tempat ini merupakan yang paling panas jika dibandingkan dengan tempat lain di dalam senarai ini. Akan tetapi, cuaca di tempat ini pada bulan Januari masih di antara -10 hingga 0 darjah Celsius. Keadaan di sini seperti mengalami musim sejuk sepanjang tahun walaupun musim panas boleh meningkat sehingga 27 darjah Celsius. Jika anda berkunjung ke sini pada hujung dan awal tahun, pastikan anda memakai pakaian yang tebal dan sesuai. Suhu paling rendah yang pernah direkodkan di sini ialah -56 Celsius pada 20 Januari 1954. 

9. Stanley, Idaho, Amerika Syarikat

stanley idaho

Bandar kecil di Idaho ini mempunyai populasi kurang daripada 100 orang kerana cuaca sejuknya yang ekstrim. Rekod purata terendah ialah pada Disember iaitu -18 darjah Celsius. Walaupun begitu, waktu siang pada musim panas sekitar bulan Julai boleh mencecah sehingga 25.8 Celsius. Purata suhu sepanjang tahun di Stanley ialah 1.6 darjah Celsius sahaja. Dengan populasi yang begitu sedikit, bandar ini tidak mempunyai datuk bandar, muzium mahupun bank.

8. Prospect Creek, Alaska, Amerika Syarikat

prospect creek alaska

Walaupun lokasi ini kini tidak lagi didiami manusia, namun pada suatu ketika dahulu, ia didiami oleh ribuan pekerja buruh yang terlibat dengan pembinaan Trans-Alaskan Pipeline System di antara tahun 1974-1977. Penempatan itu telah ditinggalkan selepas projek itu siap dan tiada siapa lagi yang dapat merasa keperitan kesejukan berada di sini. Suhu harian serendah -25.5 Celsius pada bulan Januari dan paling sejuk yang pernah direkodkan ialah pada Januari 1971 iaitu -62 darjah Celsius. Musim panasnya juga tidaklah begitu menghangatkan kerana kawasan ini sentiasa berada di bawah tahap beku dan salji boleh turun menjadi setebal 24 inci antara Februari dan Mac.

7. Snag, Yukon, Kanada

snag yukon

Tempat ini merupakan yang paling sejuk di Amerika Utara dengan rekod paling sejuk dicatatkan serendah -62.7 Celsius pada 3 Februari 1947. Semasa rekod itu diambil, Snag mempunyai populasi penduduk seramai 10 orang sahaja dan mereka terdiri daripada penduduk asal dan pengusaha bulu binatang. Para penyelidik masih hairan dan cuba menjawab satu persoalan kerana di kawasan ini hairan dan cuba menjawab satu persoalan kerana di kawasan ini terdapat satu fenomena aneh di mana suara boleh didengari dari beberapa batu jauhnya. Purata suhu setahun di sini ialah sekitar -5.3 darjah Celsius dan kini ia tidak lagi berpenghuni. (sumber)

6. Oymyakon, Russia

oymyakon 318

Salah satu tempat paling sejuk di Russia ialah Oymyakon yang merekodkan cuaca -67 darjah Celsius dan merupakan tempat berpenghuni yang paling sejuk di dunia. Rekod itu dicatatkan pada 6 Februari 1933. Namun purata bacaan cuaca harian musim sejuk di sini yang bermula dari Disember sehingga Februari adalah di bawah -45 darjah Celsius.

Pada musim panas di bulan Julai pula, suhu puratanya ialah sekitar 14 darjah Celsius. Dengan populasi penduduk seramai 500 orang sahaja, bandar ini dikira agak besar berbanding bandar sejuk lain di dalam senarai ini. Semasa musim panas, penduduk di sini menikmati matahari sehingga 21 jam sehari manakala pada musim sejuk pula hanya 3 jam sahaja sinaran mentari dapat dinikmati.

5. Eureka, Kanada

eureka

Tempat yang tidak berpenghuni tetap ini menjadi tapak kajian dan hanya lapan orang penyelidik sahaja yang berada di situ pada satu-satu masa. Lokasi ini telah digunakan sebagai tempat kaji cuaca sejak dari 1947 lagi.

Dengan waktu siang yang pendek pada bulan Oktober hingga Februari dan ketiadaan hujan dari Oktober hingga Mei menjadikan tempat ini seperti sebuah gurun yang sejuk. Namun begitu, tempat ini mempunyai banyak tanaman yang tumbuh kerana suhu yang sejuk menyebabkan air yang ada tidak cukup panas untuk disejat ke atas dan mengekalkan kelembapan. Tempat ini juga digelar sebagai “Taman di Artik”, dengan beberapa hidupan liar seperti musang dan serigala yang berkeliaran dan menjadi tempat burung bersarang semasa musim panas.

4. Ulaanbaatar, Mongolia

ulaanbaatar

Tempat ini sudah pasti merupakan yang paling padat populasinya jika dibandingkan dengan tempat lain dalam senarai ini. Ibu negara Mongolia ini merupakan ibu negara paling sejuk dan juga ibu negara paling tercemar di dunia. Ia juga terletak di kawasan tinggi iaitu 1,310 meter dari aras laut dan mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 1.3 juta orang.

Ulaanbaatar juga merupakan pusat kebudayaan Mongol dengan muzium seperti Muzium Seni Zanazabar dan pelbagai tarikan lagi namun dengan purata suhu sekitar -16 Celsius mungkin menyukarkan pelancong untuk bercuti di sana. Pada bulan Januari pula suhu boleh mencecah sehingga -26 Celsius dan disertai angin sejuk. (sumber)

3. Eismitte, Greenland

eismitte

Eismitte merupakan istilah Jerman yang membawa maksud “di tengah ais”. Ia adalah tapak ekspedisi untuk mengambil bacaan suhu yang dijalankan sekitar tahun 1930-an. Suhu yang diambil ketika itu adalah antara -65 hingga -2.7 darjah Celsius.

Kini pengkaji tiada data baru yang tepat dan membuat anggaran suhu sekarang berada pada purata -12 darjah Celsius pada musim panas dan pada musim sejuk pula mencecah hingga -47 darjah Celsius. Para penyelidik tidak mempunyai sebarang maklumat baru kerana misi untuk merekodnya merupakan suatu misi 'membunuh diri.' Misi yang dijalankan pada tahun 1930-1931 itu mengorbankan nyawa Alfred Wegener dan Rasmus Villumsen manakala ahli penyelidik yang lain terpaksa memotong jari kaki dan tangan mereka tanpa ubat penahan sakit akibat beku dan mereput. (sumber)

2. North Ice, Greenland 

north ice

Tidak banyak yang kita ketahui tentang tempat ini. North Ice merupakan stesen kajian ekspedisi British untuk mengambil bacaan suhu antara tahun 1952-1954. Ekspedisi ini diketuai oleh Komander James Simpson dan merupakan stesen kedua pengkaji cuaca British selain stesen South Ice di Antartika. Suhu terendah yang pernah direkodkan di sini ialah serendah -66 darjah Celsius iaitu pada 9 Januari 1954. (sumber)

1. Vostok, Antartika

vostok

Sudah semestinya tempat pertama jatuh kepada kawasan Antartika yang merupakan salah satu tempat dengan suhu paling ekstrim di dunia. Vostok merupakan stesen uji kaji cuaca Rusia yang memegang rekod suhu paling sejuk di dunia iaitu -89.2 darjah Celsius pada 21 Julai 1983. Walaupun begitu, ada juga dakwaan mengatakan suhu jatuh teruk pada 1997 sehingga mencapai -91 darjah Celsius.

Sementara itu, waktu yang paling 'panas' di sini ialah sekitar bulan Januari dengan purata suhu serendah -32 darjah Celsius. Dengan ketinggian 3,488 meter di atas paras laut bermakna tempat ini kekurangan oksigen serta mempunyai tahap kelembapan yang tinggi sekali gus menjadikan ia tempat paling sejuk, paling kering dan paling terpencil di dunia. Antartika bersaiz kira-kira dua kali ganda lebih besar daripada Australia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)