Oleh pada 04 May 2018 kategori

Ketika mana negara sedang hangat dilanda demam Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal menjelma 9 Mei 2018 ini, hampir kesemua rakyat Malaysia merasai bahangnya. Individu-individu bertanding sibuk ke sana ke mari dalam usaha memenangi hati rakyat untuk meraih undi, dan ahli-ahli parti pula tidak kurang sibuknya memasang bendera dan poster parti masing-masing di setiap penjuru kawasan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, disebalik keghairahan berkempen dan berjuang untuk parti, ramai yang masih tidak mengetahui sejarah penubuhan parti-parti yang disokong masing-masing, dan iluminasi.com ingin kongsikan sejarah mengenai Parti Keadilan Rakyat serta penubuhan Pakatan Harapan yang menerajui teraju pihak pembangkang.

Awal Penubuhan

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 2

Pada tahun 1997 ketika mana Malaysia dilanda krisis ekonomi, Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah melakukan beberapa perubahan dan langkah menjimatkan perbelanjaan dalam usaha mennyelamatkan negara dari krisis tersebut.

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 3

Namun tindakan tersebut tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah memecat Anwar daripada semua jawatannya dalam kerajaan pada 2 September 1998.

Dengan berlakunya pemecatan ini, ia membawa kepada pembentukan gerakan Reformasi yang mana turut menyumbang kepada penangkapan Anwar Ibrahim.

Gerakan Reformasi 1998

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 4

Akibat segala tuduhan fitnah terhadap Anwar Ibrahim yang dilontarkan oleh Dr. Mahathir, rakyat bangkit menuntut pengunduran beliau pada 20 September 1998. Dan beberapa jam kemudian, Anwar Ibrahim telah ditangkap oleh sepasukan polis lengkap bersenjata di kediaman beliau di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

anwar ibrahim wan azizah 1998 reformasi

Anwar Ibrahim ditahan di bawah seksyen 73(1) (a) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana telah mendatangkan kemudaratan negara selepas beberapa kumpulan penyokongnya mula mencetuskan kekacauan di beberapa tempat di ibu kota.

Pada 29 September 1998, Anwar Ibrahim muncul di mahkamah untuk dibicarakan dengan mata yang lebam didakwa ditumbuk oleh pihak polis.

datuk ibrahim mat zin raja bomoh 1998 435

Raja Bomoh ketika muda tahun 1998

Bagi anda yang tidak tahu, sebenarnya 'Raja Bomoh' VVIP Datuk Ibrahim Mat Zin Pernah membuat kemunculan awal pada tahun 1998 ketika mahkamah sedang membicarakan kes Anwar Ibrahim. Beliau mengatakan kedatangan beliau adalah untuk memastikan keputusan mahkamah adalah adil dan saksama tidak lebih dari itu.

Penubuhan Parti Keadilan Nasional

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 4

Akhirnya, gerakan Reformasi yang dilancarkan telah membawa kepada penubuhan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) yang diterajui oleh isteri Anwar Ibrahim iaitu Dr. Wan Azizah. Walaubagaimanapun, cubaan untuk mendaftarkan Adil sebagai sebuah parti politik tidak berjaya dan digagalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Untuk meneruskan usaha ini, pendokong-pendokong gerakan ini mengambil keputusan mengambil alih parti sedia ada di Malaysia iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang mana namanya ditukarkan kepada Parti Keadilan Nasional.

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 7

Bertanding untuk kali pertama di Pilihan Raya Umum tahun 1999, Parti Keadilan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun hanya mendapat 11.67% daripada jumlah undi yang dibuang.

Penggabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 9

Kesedaran terhadap keperluan untuk Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung mula terasa selepas PRU 1999, yang mana disebabkan oleh komitmen kedua-dua parti terhadap Reformasi yang ingin menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin atasan.

Dan tanggal 3 Ogos 2003, proses penggabungan dua parti pembangkan ini berjaya didaftarkan yang mana melahirkan Parti Keadilan Rakyat yang seperti kita kenal pada hari ini.

Pembebasan Anwar Ibrahim

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 8

Sekali lagi bertanding di Pilihan Raya Umum 2004, keputusan kali ini sangat mengecewakan apabila Parti Keadilan Rakyat hanya mampu mempertahankan 1 kerusi parlimen sahaja daripada 5 yang dimenangi sebelum ini, iaitu di Permatang Pauh yang diwakili oleh Dr. Wan Azizah. 

Namun  kekalahan dan kekecewaan itu terubat apabila Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan jenayah, selepas 6 tahun dipenjarakan. Pembebasan ini menjadi pemangkin dan motivasi yang sangat kuat dalam usaha memperjuangkan agenda reformasi sistem pentadbiran dan politik negara.

Tsunami Politik 2008

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 01

Setelah parti ini menjadi semakin matang, ia memasuki Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 dengan lebih yakin dan bersedia.

Dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh parti ini disamping faktor-faktor seperti rakyat yang sudah semakin mampu mempertimbangkan kebaikan dan keburukan, akhirnya Keadilan bersama parti pembangkang lain termasuklah DAP dan PAS telah berjaya menafikan majoriti 2 per 3 Barisan Nasional di parlimen.

Di samping itu, parti pembangkan juga berjaya membentuk kerajaan di 5 buah negeri. Selepas pembubaran Barisan Alternatif pada tahun 2002, sebuah pakatan pembangkan telah terbentuk yang diberikan nama Pakatan Rakyat.

Pencapaian KEADILAN

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 02

Antara pencapaian terbaik yang dicatatkan oleh KEADILAN adalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu di mana ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai wakil wakyat di setiap negeri di seluruh Malaysia dengan penyertaan minima iaitu seorang wakil rakyat.

KEADILAN juga merupakan parti kedua terbesar yang memperoleh undi popular iaitu sebanyak 20.39% dalam PRU 13.

Penubuhan Pakatan Harapan

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 04

Pada tahun 2015, penggabungan beberapa parti kiri dan pusat telah membentuk satu perikatan yang diberi nama Pakatan Harapan. Ia merupakan gabungan kedua terbesar di Parlimen Malaysia selepas parti pemerintah iaitu Barisan Nasional.

Parti-parti yang terlibat dalam penggabungan ini adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sejak 18 Mei 2015, Dr. Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan telah menjadi Ketua Pembangkan Malaysia. Di peringkat negeri, pakatan ini adalah gabungan terbesar dalam 2 daripada 13 Dewan Undangan Negeri Malaysia dan membentuk kerajaan di negeri Selangor dan Pulau Pinang.

sejarah parti keadilan rakyat dan pakatan harapan 03

Gabungan ini juga telah memilih bekas Perdana Menteri dan pengerusi gabungan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan presiden Pakatan Harapan, Dr. Wan Azizah, masing-masing sebagai calon mereka untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk PRU 14 akan datang. 

Mereka akan bertanding di bawah logo parti komponen Parti KeADILan Rakyat (PKR) disebabkan oleh "isu" kertas kerja yang menangguhkan pendaftaran rasmi gabungan ini.

Rujukan:

1. Keadilan Rakyat

2. Utusan

3. Pakatan Harapan




Hakcipta iluminasi.com (2017)