sejarah lamborghini yang dilupakan

Jenama Lamborghini sememangnya sebuah jenama kereta berkuasa tinggi yang popular dalam dunia permotoran. Kerana harganya yang begitu mahal, maka kereta keluaran Lamborghini jarang dapat dilihat di lebuh raya di Malaysia.

Seperti Ferrari, jenama Lamborghini juga lahir di Itali. Jenama ini diambil sempena nama pengasasnya Ferruccio Lamborghini. Menariknya, Ferruccio Lamborghini menubuhkan syarikat Lamborghini bagi memberi saingan kepada Ferrari. Beliau yakin beliau mampu menghasilkan sebuah jentera yang lebih hebat daripada Ferrari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Latarbelakang Ferruccio Lamborghini

Ferruccio Lamborghini lahir di Itali pada tahun 1916. Beliau lahir di sebuah kawasan perkampungan kecil di mana para penduduknya bekerja dalam bidang pertanian dan perladangan. Walau bagaimanapun, sejak daripada kecil lagi beliau kurang berminat mengenai aktiviti pertanian, sebaliknya minatnya lebih kepada jentera pertanian itu sendiri.

sejarah lamborghini

Kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap bidang kejuruteraan dan mekanikal, beliau melanjutkan pelajaran di Fratelli Taddia technical institute. Di sinilah beliau belajar lebih mendalam mengenai enjin dan pembuatan jentera. Sekitar tahun 1940 ketika Perang Dunia ke 2 sudah meletus, beliau diserapkan kepasukan tentera Itali dan ditempatkan di Kepulauan Rhodes.

Menjadi ketua unit membaiki jentera tentera

Tidak seperti di kawasan lain, kawasan Kepulauan Rhodes yang menempatkan beliau dan pasukannya tidak begitu sibuk dengan peperangan kerana kedudukan pulau itu yang jauh dan terpencil. Kerana kepakarannya, beliau telah diberikan tugas selaku ketua bagi memantau dan membaik pulih kenderaan yang rosak.

Mana-mana kereta, trak dan motosikal yang rosak mestilah dibaik pulih secepat yang mungkin agar boleh digunakan kembali dalam peperangan. Pada ketika inilah, beliau dapat menajamkan lagi skil membaik pulih kenderaan terutamanya bahagian enjin dan mekanikal yang rosak. Malangnya ketika penghujung Perang Dunia ke 2 pada tahun 1945, beliau telah ditangkap setelah pulau tersebut jatuh ke tangan pihak British.

Beliau kemudiannya dibebaskan setahun selepas itu, berkahwin serta dikurniakan seorang anak bernama Tonino.

Penciptaan jentera pertama

Selepas tamatnya perang dunia ke 2, dengan kepakaran yang dimiliki beliau membuka sebuah bengkel membaiki kenderaan. Selain membaiki kenderaan pelanggannya, pada masa lapang beliau gemar melakukan modifikasi pada kereta Fiat Topolino yang dibelinya sehingga menjadi sebuah kereta lumba.

Selepas Perang Dunia ke 2 juga, beliau dapati terdapat permintaan yang tinggi terhadap teknologi untuk bidang pertanian dan perindustrian. Dengan menggunakan bahagian-bahagian terpakai daripada kenderaan ketenteraan, beliau berjaya mencipta jentera pertamanya, sebuah traktor yang diberi nama Carioca.

img 20171105 140719

Dengan kejayaan Carioca ini, beliau menubuhkan syarikat pertamanya, Lamborghini Trattori yang memfokuskan kepada pembuatan traktor untuk kegunaan bidang pertanian.

Minat terhadap kereta berkuasa tinggi

Kejayaan syarikat Lamborghini Trattori menjadikannya seorang yang kaya seterusnya membolehkan beliau membeli kereta-kereta yang lebih mahal dan berkuasa tinggi. Minatnya mula bertambah terhadap kenderaan berkuasa tinggi. Pada awal 1950-an beliau sudah memiliki kereta keluaran Alfa Romeos, Lancias dan beberapa jenama lain. Jumlah kereta yang dimilikinya sangat banyak, membolehkan beliau menaiki kereta yang berlainan setiap hari dalam satu minggu.

traktor jenama lamborghini 601

Pada tahun 1958, beliau telah ke kilang Ferrari di Maranello untuk membeli kereta Ferrari 250GT, sebuah kereta dua tempat duduk yang didatangkan dengan rekabentuk khas. Beliau turut membeli beberapa lagi kereta keluaran Ferrari beberapa tahun kemudiannya. Walaupun meminati jentera yang dihasilkan Ferrari, beliau dapati terdapat satu kekurangan padanya. Beliau dapati kereta keluaran Ferrari menghasilkannya bunyi yang sangat bising.

Kelahiran syarikat Lamborghini

Beliau telah pergi berjumpa Enzo Ferrari, pemilik syarikat Ferrari untuk memaklumkan mengenai masalah tersebut dan memberikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Malanganya, beliau telah diperli kerana dianggap tidak layak untuk memberikan pandanganya berdasarkan latarbelakangnya yang hanya mencipta traktor.

Dari saat inilah beliau bertekad bahawa apa sahaja yang dicipta oleh Ferrari juga mampu diciptanya. Beliau mengambil keputusan untuk mencipta sebuah kereta yang menggunakan enjin V12 bagi menyaingi kereta keluaran Ferrari. Nasibnya baik apabila ditemukan dengan Giampaolo Dallara, sebuah jurutera berpengalaman yang pernah bekerja membangunkan enjin V12 untuk Ferrari.

lamborghini 350gt

Pada tahun 1963 ketika acara Turin Auto Show of 1963, protaip kereta pertamanya yang diberi nama Lamborghini "350 GTV" telah dipersembahkan kepada orang ramai. Setahun kemudiannya, kereta tersebut mula dijual kepada orang ramai dan diberi nama "350 GT". Sebanyak 130 unit berjaya dijual untuk model ini. Kejayaannya ini membolehkan syarikatnya menghasilkan model-model seterusnya seperti 400 GT dan kemudiannya 400 GT 2+2.

Kredit:

  1. LamboWeb
  2. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)