Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum merupakan putera raja terkaya di Dubai. Dia adalah anak kedua kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu. Sheikh Hamdan juga lebih dikenali dengan nama glamornya, Fazza.

Dia adalah seorang yang sukakan cabaran, meminati haiwan dan seorang lelaki kacak dengan duit yang sangat banyak di dalam akaun banknya. Fazza adalah seorang jutawan dengan nilai bersihnya tidak diketahui dengan tepat tetapi dianggarkan bernilai kira-kira 11 angka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun dia memiliki banyak barangan yang mahal dan sering memuat naik gambar-gambarnya di dalam Instagram, namun dia adalah seorang yang merendah diri. Barangan peribadinya itu juga dilihat melalui gambar kerana Fazza juga seorang yang meminati bidang fotografi. Berikut adalah beberapa barangan paling mahal yang dimiliki putera raja Dubai itu.

1. Unta paling mahal di dunia

unta fazza

Jika anda seorang yang meminati dunia haiwan, sudah tentu anda tahu mengenai tentang unta-unta milik Fazza. Dia yang begitu sukakan unta memiliki seekor unta berharga RM 11.3 juta. Ia bukanlah seekor unta biasa. Unta ini telah memenangi pertandingan unta tercantik berbanding lebih daripada 17,000 unta lain. Unta yang dibeli oleh Fazza ini telah memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 2.51 juta dalam pertandingan itu.

2. Estet di Scotland

estet scotland fazza

Sheikh Mohammed iaitu bapa kepada Fazza telah membeli sebuah estet di Scotland tetapi kini ia telah menjadi milik Fazza. Estet raksasa ini mempunyai keluasan tanah sebanyak 63,000 ekar. Dia bercadang untuk membina sebuah rumah singgahan dengan 14 buah bilik di tepi tasik di situ.

Projek pembinaan rumah persinggahan itu akan dijalankan tidak lama lagi. Tempat itu akan menjadi tempat penginapan putera raja itu dan keluarganya setiap kali mereka melawat Scotland. Ini kerana keluarga diraja itu akan melancong ke Scotland setiap tahun untuk memburu.

3. Kereta amfibia

Sebuah syarikat kereta yang berpangkalan di California iaitu WaterCar telah beberapa tahun menghasilkan kereta amfibia yang boleh dipandu dalam air mahupun darat. Namun, baru-baru ini mereka mendapat durian runtuh apabila Fazza mula meminati kereta yang mereka hasilkan iaitu The Python.

Kereta itu mempunyai kelajuan 129 km di atas darat dan 72 km di atas air. Putera Dubai itu sangat menyukai kereta The Python itu sehingga dia membeli 6 unit daripada syarikat WaterCar itu. Harga bagi sebuah The Python ialah RM 628,000, jadi jumlah keseluruhan yang dibayar Fazza untuk 6 unit ialah RM 3.76 juta.

4. Palm Jumeirah Zabeel Saray

palm jumeirah zabeel saray

Syarikat pelaburan Zabeel adalah sebuah syarikat persendirian. Walaupun ia tidak disenaraikan secara langsung di bawah nama Fazza, namun memandangkan jumlah besar wang yang dilaburkan Fazza ke dalamnya menjadikan dia sebagai ahli lembaga syarikat itu sekarang.

Dalam kebanyakan hartanah yang dimilikinya, Zabeel Saray merupakan hartanah yang paling cantik. Hotel itu sememangnya luar biasa dan walaupun kos sebenar pembinaannya tidak didedahkan, ia dikatakan telah menelan belanja sebanyak RM 50.2 billion, menjadikannya hotel paling mahal di kawasan itu.

5. Kondominium penthouse paling mahal di Kanada

penhouse hotel fairmont pacific rim

Pada tahun 2013, satu urus niaga hartanah paling mahal telah berlaku di Kanada melibatkan pembelian tiga kondominium penthouse Hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver bernilai RM 230 juta. Walaupun tidak didedahkan secara rasmi siapakah pemilik ketiga-tiga kondominium itu, namun orang ramai sudah mengagak bahawa ia adalah milik Fazza kerana dia dan keluarganya telah beberapa kali dilihat tinggal di situ.

6. Kuda paling mahal di dunia.

kuda fazza

Pada tahun 2014, Fazza dan bapanya telah membeli seekor kuda paling mahal di dunia dengan harga kira-kira RM 12.55 juta kerena kuda itu adalah baka kuda-kuda yang menjadi juara perlumbaan. Kemudian, Fazza juga membeli dua ekor kuda lagi yang bernilai RM 7.53 juta seekor.

Jadi, pada tahun 2014 sahaja, dia telah membelanjakan sejumlah wang bernilai RM 27.6 juta hanya untuk membeli 3 ekor kuda sahaja. Fazza bukan sahaja menggunakan kuda-kuda ini untuk ditunggang malah dia juga bersaing dalam acara sukan yang melibatkan kuda.

7. Pesawat Boeing 787-10 Dreamliner

fazza dalam pesawat

Semasa Pameran Udara dan Pesawat yang diadakan di Dubai, Fazza dan keluarganya sedang mencari-cari pesawat yang mereka suka untuk dibeli. Mereka akhirnya membeli sebanyak 40 unit pesawat Boeing 787-10 Dreamliner.

Bukan semua pesawat yang dibeli itu untuk tujuan kegunaan peribadi tetapi untuk meningkatkan lagi sektor perniagaan pesawat di Dubai. Harga untuk sebuah pesawat Boeing 787-10 Dreamliner itu bermula dari RM 1.28 billion, menjadikan nilai keseluruhan perjanjian itu sehingga RM 66.77 billion kesemuanya.

8. Sebuah armada kereta kebal

ripsaw tank

Sebelum ini, syarikat kereta kebal Howe & Howe Technologies telah menjual telah menjual kereta kebal mereka iaitu Ripsaw kepada pihak Tentera Amerika Syarikat dan juga secara swasta. Fazza sememangnya meminati kereta kebal Ripsaw yang berharga lebih kurang RM 2.09 juta seunit.

Putera diraja Dubai itu dikatakan telah membeli seangkatan armada kereta kebal model Ripsaw ini. Tidak dapat dipastikan dengan tepat berapa unit yang dibelinya dan berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk membina sebuah armada kereta kebal ini.

9. Lamborghini Veneno Roadster

lamborghini veneno roadster

Lamborghini Veneno Roadster adalah sebuah kereta yang sememangnya "rare". Pada tahun 2014, hanya 9 buah sahaja kereta ini yang dihasilkan. Kerana begitu meminatinya, Fazza memiliki 6 daripadanya dan mempamerkan koleksinya itu di pameran kereta yang terkemuka.

Lamborghini Veneno ini berharga RM RM 18.8 juta seunit, ini bermakna Fazza telah membelanjakan RM 113 juta untuk 6 unit kereta mewah ini. Kereta ini mempunyai kelajuan tertinggi sebanyak 355 km sejam dan mempunyai enjin V12 6.5 liter serta 750 kuasa kuda.

10. McLaren P1

mclaren p1

McLaren P1 adalah sebuah supercar hibrid yang boleh memecut dari 0 hingga 96 km dalam masa 3 saat sahaja dan mempunyai kelajuan maksimum 349 km sejam. Harga McLaren P1 yang asas bermula dari serendah RM 5.02 juta seunit.

Menurut satu laporan, kereta McLaren P1 yang pertama dihasilkan telah dijual kepada pembeli yang tidak didedahkan di Dubai. Kereta itu berwarna kuning dengan rim hitam dan diketahui bahawa Fazza memiliki kereta itu dengan warna dan ciri yang sama.

11. Ferrari LaFerrari F12 Berlinetta

ferrari f12 berlinetta

Kereta supercar Ferrari LaFerrari adalah sebuah kereta hibrid edisi terhad milik Fazza. Dua daripada kereta yang unik dan rare ini telah dijual di sebuah lelongan pada harga RM 29.29 juta dan RM 41.85 seunit.

Ferrari hibrid edisi terhad yang dimiliki oleh putera diraja Dubai ini adalah model F12 Berlinetta dengan enjin V12 6.3 liter dan mempunyai 731 kuasa kuda. Kereta ini boleh memecut dari 0 hingga 96 km dalam masa hanya 2.8 saat sahaja.

12. Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse

bugatti veyron grand sport vitesse

Putera diraja Dubai ini diketahui memiliki kereta yang dikenali sebagai supercar paling laju pernah dihasilkan di dunia iaitu Bugatti Veyron. Kereta model Grand Sport Vitesse ini mempunyai 1,001 kuasa kuda ini boleh memecut sehingga 408.8 km sejam dan berharga sekitar RM 7.11 juta seunit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)