Apa yang terjadi kepada kita, apa yang dilakukan untuk sampai di mana kita berada dan dengan nama apa kita dipanggil. Semua ini mempunyai kisah dan cerita yang tersendiri.

Ada yang membosankan dan ada yang sangat menarik membuatkan mereka yang mendengar menjadi teruja. Bagi setiap penubuhan dan perjalanan sesebuah syarikat, pelbagai kisah menarik yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 10 kisah menakjubkan mengenai jenama-jenama terbesar di dunia.

1. Blackjack selamatkan FedEx

fedex

Pada awal tahun 1970-an, iaitu selepas beberapa tahun sahaja FedEx ditubuhkan, syarikat baru itu sudah berada dalam masalah besar dengan kerugian sehingga USD1 juta sebulan.

Dan sehingga satu tahap, syarikat ini kelihatan tak mampu lagi untuk menampung komitmen kewangan mereka. Namun, nasib menyebelahi mereka.

Ketika menunggu pesawat, Fred Smith, pengasas syarikat itu, secara tiba-tiba mengambil pesawat lain ke Las Vegas. Di sana, dia telah memenangi USD27,000 dengan bermain Blackjack.

Menggunakan wang tersebut, Fred berjaya menyelamatkan FedEx dan kisah selepas itu menjadi rahsia syarikat ini.

2. Kereta sport Lamborghini wujud kerana keangkuhan Enzo Ferrari

ferruccio lamborghini

Bagi yang tak tahu, Lamborghini pada mulanya merupakan syarikat pengeluar traktor. Pemiliknya, Ferruccio Lamborghini, mempunyai minat terhadap kereta mewah, terutamanya Ferrari.

Semasa melakukan pemeriksaan rutin, Lamborghini mendapati bahawa klac pada kereta Ferrari nya rosak dan mendapati bahawa kereta itu menggunakan klac yang sama dengan traktornya.

Apabila dia meminta Enzo Ferrari untuk melakukan perubahan kepada klac kereta tersebut, Ferrari menolak cadangan tersebut dengan mengatakan bahawa Ferruccio adalah pembuat traktor dan tidak tahu apa-apa tentang kereta lumba.

Kata-kata itu telah membuatkan Ferruccio memulakan penghasilan kereta sport Lamborghini.

3. BMW menjadi pembuat kereta kerana Jerman tewas Perang Dunia Pertama

pesawat yang dikuasakan enjin bmw

Sama seperti Lamborghini, BMW juga tidak bermula sebagai pengeluar kereta sebaliknya sebagai syarikat pembuat pesawat.

Selepas kekalahan Jerman pada Perang Dunia I, semua syarikat pembuat kapal terbang terpaksa menghentikan pengeluaran, yang mana merupakan salah satu daripada terma dalam Perjanjian Gencatan Senjata Versailles.

Syarikat ini yang ketika itu berhadapan dengan masalah muflis telah beralih kepada pengeluaran motosikal diikuti dengan pembuatan kereta pada tahun 1928.

Logo yang digunakan sehingga kini iaitu bilah kipas putih berlatarbelakangkan langit biru, adalah penghormatan kepada warisan penerbangan mereka.

4. Coca-Cola wujud disebabkan undang-undang larangan Amerika Syarikat 

patung john pemberton

Coca-Cola pada asalnya dicipta oleh John Pemberton, seorang Kolonel Konfederat yang tercedera, yang mahu mencari pengganti bagi ketagihannya terhadap morfin.

Dia menggelarkannya sebagai French Wine Coca, sejenis tonik saraf. Apabila Atlanta meluluskan undang-undang larangan pada tahun 1886, Pemberton terpaksa mencipta semula formula itu bagi menghasilkan versi tonik yang tidak mengandungi alkohol.

Dia menamakan minuman tersebut "Coca-Cola", dan kini menjadi minuman paling popular di dunia.

5. Logo McDonald's "M" bukan berasal dari pada nama syarikat 

logo mcdonalds 648

Logo McDonald adalah antara salah satu logo yang paling terkenal di dunia. Sekali pandang, "M" tersebut kelihatan seperti berasal daripada nama syarikat ini, namun kisahnya bukanlah seperti yang disangkakan.

Seni bina kedai asal McDonald's mempunyai lengkungan emas di kedua belah bahagian. Pemiliknya mahu supaya orang dapat mengenali kedai McDonald dari jauh.

Oleh itu, ketika merekabentuk logo, mereka mengambil keputusan untuk mengambil inspirasi daripada seni bina ikonik restoran itu.

6. Logo Nike bukan tanda semak atau "right"

logo nike

Dikenali sebagai BRS (Blue Ribbon Sports) pada asalnya, syarikat ini dinamakan semula kepada Nike, tuhan kemenangan Yunani yang bersayap.

Simbol "swoosh" yang tersangat popular yang menjadi logo sejak ia dinamakan semula mewakili sayap dan kelajuan tuhan Nike.

7. Logo Apple bukan penghormatan kepada Allan Turring

steve jobs dan apple

Walaupun ia memang sesuai, namun kebenarannya jauh daripada apa yang disangkakan. Logo Apple bukanlah penghormatan kepada Allan Turring, saintis komputer dari England.

Teori yang paling diterima mengenai logo Apple adalah ia meruoakan buah kegemaran Steve Jobs. Ia menjelaskan mengapa komputer pertama mereka diberi nama sempena nama epal McInsoth yang merupakan kegemarannya. 

8. UPS ditubuhkan oleh remaja menggunakan RM400 dan sebuah basikal

ups 216

Perkhidmatan Parcel United atau lebih dikenali dengan nama UPS mempunyai permulaan yang sangat sederhana.

Pada tahun 1907, James Casey yang berusia 19 tahun telah mengasaskan syarikat ini dengan menggunakan wang RM400 yang dipinjam dari rakan dan dimulakan dengan basikal.

Remaja ini juga berperanan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif dan pengerusi. Hari ini, UPS adalah syarikat penghantaran pakej terbesar di dunia. Agak hebat bagi seorang remaja dengan sebuah basikal.

9. Fanta dicipta di Nazi Jerman

fanta nazi jerman

Ketika kemuncak Perang Dunia II, Nazi Jerman tertakluk kepada sejumlah sekatan perdagangan.

Kerana kekurangan bahan mentah dan ramuan, ketua Coca-Cola Deutschland, Max Keith, memutuskan untuk mencipta minuman baru untuk pasaran Jerman, menggunakan apa sahaja yang mereka ada iaitu sisa makanan yang tersisa.

Nama ini berasal dari perkataan Jerman bagi imaginasi (Fantasie) dan mereka perlu menggunakan setiap imaginasi yang ada bagi menghasilkan minuman ini pada ketika itu.

10. Puma dan Adidas terhasil akibat daripada perbalahan keluarga

puma dan adidas

Pada tahun 1920-an, adik-beradik Rudolf dan Adolf "Adi" Dassler memiliki sebuah syarikat pembuatan kasut yang berjaya, Kilang Kasut Dassler Brothers.

Walau bagaimanapun, ketika Perang Dunia II, perselisihan di antara mereka semakin melebar akibat salah faham.

Kemudian, selepas kemuncak perang, Rudolf ditangkap oleh tentera Amerika dan dituduh sebagai ahli SS Waffen yang mana merupakan satu kesilapan.

rudolf dan adolf dassler

Rudolf yakin bahawa adiknya sendiri yang mengkhianatinya. Akhirnya, kedua-duanya berpecah, dengan Rudolf membentuk Ruda (kemudian dinamakan semula kepada Puma), sementara Adi membentuk Adidas.

Kedua-dua mereka tidak pernah berdamai dan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama, namun jauh dari satu sama lain.




Hakcipta iluminasi.com (2017)