Zaman kini berubah. Dengan adanya segala maklumat di hujung jari, semua orang berlumba-lumba untuk menjadi "pakar" dalam pelbagai bidang. Pelajar kolej yang tiada sebarang kelayakan tiba-tiba boleh menjalankan perniagaan memasang pendakap gigi. Suri rumah pula mampu berniaga serum dan suntikan vitamin serta bermacam-macam ubat untuk kelihatan cantik sambil menjaga anak di rumah. Begitu juga dengan lambakan ustaz/ustazah 'mi segera' yang gemar berkongsi hadis-hadis palsu di media sosial.

Isu seperti ini membimbangkan ramai pihak dan banyak menimbulkan keraguan. Adakah populariti dan pendapatan lumayan membuatkan kita semakin mengetepikan kepentingan ilmu dan kredibiliti seseorang?

Terbaru, ramai orang mempertikaikan kelayakan seorang marketing coach terkenal sebagai ahli Majlis Penasihat Pertanian (MPPN). Saudara Habibol Lotfie melalui satu postnya di Facebook telah memberikan cadangan untuk melantik mereka yang telah terbukti lebih berkelayakan dan mempunyai rekod pencapaian memberangsangkan dalam bidang tersebut. Kami ulang siar artikel tersebut untuk perkongsian bersama:

shakran shamsudin najib asadok penasihat pertanian

Aku bukanlah orang yang sesuai untuk menerangkan tentang pertanian ini. Tapi kalau nak diberi nama yang sepatutnya menjadi penasihat pertanian ini adalah Shakran Shamsudin. Pertanian dah menjadi darah dagingnya sejak awal lagi. 

Kehidupan dia memang dah bersama para usahawan tani sejak dari mula lagi. Dari aspek pertanian sampailah aspek penternakan. Pemasaran, kelemahan serta cara untuk membaik pulih semuanya sedang cuba untuk dibaik pulih demi usahawan tani.

Kita bukanlah menidakkan orang lain, tapi hanya orang yang berada dalam pertanian yang faham akan petani. Lantiklah seseorang yang ada track record. Bukan sekadar air liur sahaja. Pertanian ini skopnya besar. 

shakran shamsudin calon paling layak sebagai penasihat pertanian

Bidang pertanian tak sama dengan bidang perniagaan komersial yang lain. Pemasaran bukanlah masalah utama bagi para petani negara. Akan tetapi, lambakan produk yang masuk daripada luar negara itulah masalah utama yang menyebabkan para petani kurang senang dan ini menyebabkan harga jualan ladang merudum jatuh hingga merugikan petani dan ada juga petani yang terpaksa menutup ladang-ladang mereka akibat menanggung kerugian yang maksimal. 

Isu-isu yang pernah diutarakan

1. Pemasaran petani kecil yang konsisten dan harga stabil. Dari farm ke hyper market, pasar borong dan kilang.

2. Pembiayaan mikro secara penanda aras oleh pemain dalam industri.

3. Kemudahan pengambilan pekerja asing bagi bidang pertanian.

4. Sekat import hasil tani dari luar kerana ia menyebabkan harga pertanian keluaran tempatan menjadi tidak stabil. Inilah yang sering menjadi punca utama mengapa petani terpaksa menutup kebun .

5. Sentiasa melawat pasar borong untuk mengkaji harga serta peluang dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan tani bagi memasarkan hasil ke sana.

shakran shamsudin calon paling layak sebagai penasihat pertanian bersama fizo omar

Projek-projek yang pernah dijayakan Saudara Shakran Shamsudin

1. Satellite farm iaitu "kebun masa depan" bersaiz 4-6 ekar yang terletak di pinggir bandar dengan produktiviti tinggi, mempunyai hasil berterusan dan menggunakan teknologi agar tidak ketinggalan berbanding industri pertanian negara luar. Selain itu, kos membangunkannya adalah rendah.

2. Cili fertigasi. Projek ini adalah yang terulung dalam negara di mana Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat telah menjadi hab untuk proses pengumpulan cili dari seluruh Semenanjung Malaysia dan tidak memerlukan sebarang urusan dengan orang tengah. Pemasaran 360 darjah dibuat selain menjalankan sistem pooling price dan menetapkan harga lantai bagi hasil tani.

3. Lembu fidlot. Dalam projek ini, 16 orang penternak telah berada di bawah satu bumbung dalam skim pemasaran di bawah PPK Kuala Langat bagi menghasilkan keluaran lembu sebanyak 2,000 ekor bagi tahun ini.

4. Kenapa pekerja asing amat diperlukan dalam bidang pertanian berikutan program rehiring yang akan ditamatkan pada 30 Jun 2018. 

shakran shamsudin calon paling layak sebagai penasihat pertanian projek cili fertigasi

Terdapat lapan hasil yang dikumpulkan dan dijual di PPK Kuala Langat. Cili, timun, lengkuas, kunyit, kelapa, halia muda dan pemasaran lembu korban. Inilah antara perkara yang paling penting dan mampu dilaksanakan di negara ini dan yang paling banyak diceburi oleh peladang muda. Dengan adanya sistem pemasaran yang agak menyeluruh, usahawan tani kini mampu memasarkan hasil mereka tanpa melalui orang tengah.

Sepatutnya orang seperti Saudara Shakranlah yang patut diangkat menjadi penasihat pertanian. Orang yang sudah bekerja 200% dalam bidang pertanian. Beliau tahu apa yang diperlukan, apa yang harus ada, apa yang perlu dibaiki bagi usahawan tani dalam memasarkan hasil mereka.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)