erra fazira

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

    

Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira binti Wan Chek merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang pernah mencipta nama di sekitar era 90-an.

Beliau yang merupakan artis kelahiran Sungai Choh, Rawang, Selangor itu adalah anak kepada pasangan Wan Chek (bapa) dan Azizah Zaik (ibu).

Di sebalik populariti yang dikecapi, barangkali ramai tidak tahu Erra sebenarnya mempunyai seorang adik lelaki yang kurang menonjolkan diri di depan lensa kamera.

Foto-foto dikongsi Erra bersama adiknya di Instagram menampakkan iras dan raut wajah mereka yang agak saling tak tumpah.

Berikut dikongsikan beberapa keping foto beliau:

      

adik erra fazira

adik beradik erra fazira 851

keluarga erra fazira

biodata erra fazira 197

ibu erra fazira

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

    

Info ringkas Erra:

  • Bintang yang mendapat jolokan 'Primadona Filem Melayu Alaf Baharu' ini pernah menghiasi layar lebar menerusi beberapa filem pecah panggung seperti Sembilu, Maria Mariana, Gerak Khas The Movie, Janji Diana, KL Menjerit 1, Polis Evo 2 dan banyak lagi.
  • Selain bergelar pelakon, Erra turut mencipta nama sebagai penyanyi pop Malaysia yang turut dikenali di negara serantau, dengan deretan lagu hits seperti Pasrah, Yang Terindah Hanyalah Sementara, Pertemuan, Cinta Abadi dan Jendela Hati.
  • Pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dari tahun 2003 hingga 2006, sebelum bergelar pasangan kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin (2007-2014). Hasil perkongsian hidup keduanya, beliau dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

   

Sumber info: Wikipedia Erra Fazira

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)