punca hans isaac tunda majlis kahwin 1

Kredit foto: myartis.my 

Impian aktor Hans Isaac untuk mengakhiri zaman bujangnya dalam sebuah majlis perkahwinan terpaksa ditunda. 

Ini berikutan bapa kepada tunang beliau akan berada di luar negara pada 29 Julai ini - tarikh asal perkahwinan. 

Meskipun begitu, majlis tetap akan dilangsungkan tahun ini, namun pada tarikh yang akan diumumkan kelak. 

punca hans isaac tunda majlis kahwin 2

Kredit foto: engkumuzahadin.blogspot.com

Majlis perkahwinan saya dan Gabrielle akan tetap berlangsung pada tahun ini sebab bayaran hotel dan perbelanjaan lain sudah diselesaikan.

Sumber: Astro Gempak 

Selain itu, Hans tidak menafikan kesilapan yang berpunca daripadanya kerana menetapkan tarikh tanpa berbincang dengan keluarga Gabrielle terlebih dahulu.

Beliau membuat kenyataan tersebut di Majlis Tayangan Program Raya Astro 2017 yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Terdahulu, Hans mengumumkan tarikh perkahwinannya bersama tunang, Gabriella Robinson yang juga merupakan bekas ratu cantik dari negara Singapura. 


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)