Kredit foto: BH Online

Aktres Erra Fazira berharap semua pihak dapat memberikan peluang kedua kepada temannya, penyanyi Shahir Zawawi selepas dihimpit kontroversi lalu. 

Ini kerana dia percaya bekas bintang AF Megastar itu mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.

"Bagi saya setiap manusia ada peluang untuk berubah dan saya percaya Shahir juga boleh.

"Saya harap semua pihak termasuk kita semua memberikan sokongan kepada Shahir untuk menjadi lebih baik," katanya menurut laporan Rojak Daily Kaw.

Dalam masa sama, Erra akui dia masih berhubung dengan penyanyi itu, malah turut keluar bersamanya di waktu lapang.

"Saya tidak mahu hipokrit. Saya mengaku memang ada keluar dengan Shahir. Kalau saya nafikan ada yang nampak dah jadi lain.

"Seperti yang katakan sebelum ini kami masih berkawan. Soal jodoh bukan di tangan saya," katanya.

Mengenai perkembangan lain, penyanyi Yang Terindah Hanya Sementara ini berkata, tahun 2018 akan dimanfaatkannya untuk fokus dalam bidang seni.

Merealisasikan hasrat itu, Erra buat pertama kali dalam pembabitan selama dua dekad sebagai anak seni, memilih untuk berada di bawah syarikat pengurusan Mind Order Sdn Bhd.

"Saya mahu fokus kerja pada 2018, tapi seperti saya katakan kalau jodoh saya terima.

"Semua ini di luar kuasa kita dan hanya yang Maha Esa tahu semuanya," katanya.

Dalam pada itu, Erra menegaskan peralihan kepada syarikat pengurusan baru ini tidak bermakna dia mempunyai krisis dengan pihak yang pernah membantunya sebelum ini.

Ujarnya, keputusan yang dibuat adalah hasil persefahaman kedua-dua pihak yang mana Erra menghormati keputusan mereka yang mahu berundur kerana mempunyai perancangan tersendiri.

"Di pihak saya memang tidak ada masalah, saya pun memikirkan pengurusan selepas saya bersendirian.

"Saya doakan yang baik-baik dan harap mereka juga begitu," katanya.

Sumber berita: Rojak Daily 




Hakcipta iluminasi.com (2017)