Kredit foto: beritaharian.sg

Buat julung kalinya, peminat berpeluang menyaksikan dua bintang yang pernah mencetus fenomena ketika menerajui filem Sembilu pada era 1990-an, Erra Fazira dan Datuk Awie sebagai hos MeleTOP dalam episod malam ini.

Kehadiran mereka bagi mengisi kekosongan pengacara asal, Nabil Ahmad dan Neelofa yang mengambil cuti.

Dalam pada itu, para peminat melahirkan rasa teruja selepas berita itu disebarkan menerusi kiriman akaun Instagram rasmi MeleTOP sejak semalam.

awie dan erra fazira dipilih sebagai pengacara meletop 2

Kredit foto: Instagram MeleTOP

Apatah lagi mengenangkan kisah silam pasangan ini yang pernah bertunang suatu ketika dahulu sebelum terputus dek kerana jodoh yang tidak kesampaian.

Bagaimanapun peminat mengagumi sikap profesional mereka kerana masih menjalinkan hubungan persahabatan dan sanggup mengabaikan kisah kontroversi lalu.

Berikut antara reaksi yang dilayangkan netizen menerusi ruangan komen entri berkenaan. 

“Perghhh Meletop bakal menjadi episod paling rare Dato @awieofficial,” tulis @shah_myrulz_official.

“Bila Datuk bagitahu benda ni, teringat zaman Datuk dan Erra Fazira dalam filem dulu-dulu @awieofficial,” kata @only_nyell.

Kehangatan episod malam ini lebih terasa dengan kehadiran tetamu jemputan popular iaitu Datuk Farid Kamil, Nelydia Senrose, Dayang Nurfaizah, Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.

MeleTOP ke udara secara langsung jam 9 malam ini di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)