pendedahan erra fazira dihalang berlakon drama 1

Kredit foto: kualalumpurpost.net 

Siapa tidak kenal dengan aktres popular Malaysia, Erra Fazira. Meskipun telah lama berkecimpung dalam industri hiburan, kelibatnya masih releven pada hari ini, baik di kaca televisyen mahupun layar perak.

Jika anda mengikuti perkembangan beliau sejak dahulu, anda pasti tahu Erra begitu sinonim dengan filem-filem terbitan Skop Productions pada sekitar 90-an. Antara filem yang pernah mengangkat namanya termasuklah Sembilu, Maria Mariana, Soal Hati, Tragedi Oktober, Pasrah dan banyak lagi.

Bagaimanapun ramai yang tertanya mengapa dia tidak pernah berlakon dalam produksi drama ketika zaman kegemilangannya dahulu.

Erra dalam kenyataan terkininya menjawab persoalan tersebut.

pendedahan erra fazira dihalang berlakon drama 2

Kredit foto: Instagram Erra Fazira

Kalau diikutkan saya tidak ada masalah berlakon drama atau pun filem, malah ada saja tawaran cuma dihalang daripada berbuat demikian. Bukannya apa, ketika itu ingin menjaga jenama saya sebagai pelakon filem. Tetapi itu dahulu, sekarang Alhamdulillah tiada halangan dan banyak juga telefilem dan drama bersiri yang sudah saya jayakan.

Sumber: Mstar

Dalam perkembangan terkini, Erra bakal muncul dalam filem sekuel, Polis Evo 2 dan sebuah single baru tidak lama lagi.


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)