Oleh pada 17 Nov 2017 kategori

Pendidikan merupakan sesuatu yang penting bagi memajukan sesebuah masyarakat agar kehidupan seharian menjadi lebih mudah. Pada zaman dahulu, pendidikan tidak diberikan kepada semua orang tetapi hanya kepada golongan atasan seperti kerabat raja namun kini ia terbuka kepada semua rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

Kedudukan ranking universiti ini akan berubah dari semasa ke semasa dan maklumat yang dipaparkan merupakan kajian daripada QS University Ranking yang diiktiraf di seluruh dunia.

10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

BESARKAN TEKS     A-  A+

Universiti Malaysia Sabah yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah mendapat tempat ke-10 bagi universiti awam di Malaysia. Di peringkat Asia pula, UMS berada di kedudukan ke 222 secara menyeluruh namun tiada pangkalan data yang menyimpan kedudukan di peringkat dunia. UMS menawarkan pelbagai kursus seperti kursus kejuruteraan, perniagaan dan sains.

9. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

universiti malaysia perlis terbaik di malaysia

Universiti Malaysia Perlis merupakan sebuah universiti yang dikenali kerana kursus kejuruteraan tetapi ia bukan satu-satunya kursus yang ditawarkan. Universiti yang beroperasi di Arau, Perlis berada di kedudukan ke-221 Asia dan berada di kedudukan ke-1566 dunia. Selain kejuruteraan, ramai juga siswa datang ke UniMAP untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan.

8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)

universiti islam antarabangsa malaysia terbaik di malaysia

Universiti ini juga dikenali sebagai International Islamic University of Malaysia (IIUM) mempunyai beberapa cawangan tetapi cawangan utamanya terletak di Gombak, Selangor. Secara keseluruhan, UIA berada di kedudukan antara 700-750 peringkat dunia dan 163 di Asia. Kursus yang ditawarkan di UIA termasuk undang-undang, sains, ekonomi dan pengurusan sains, kejuruteraan dan sebagainya.

7. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

universiti teknologi mara terbaik di malaysia

Universiti Teknologi MARA merupakan beberapa buah universiti yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu golongan bumiputera untuk mendapatkan pendidikan. UiTM berada di tempat ke-158 Asia dan berada antara 700-750 di peringkat dunia. Boleh dikatakan hampir semua kursus ditawarkan di UiTM untuk peringkat diploma, ijazah dan lain-lain.

6. Universiti Utara Malaysia (UUM)

universiti utara malaysia terbaik di malaysia

Universiti Utara Malaysia merupakan sebuah universiti yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir bagi memudahkan siswazah yang berada di utara tanah air untuk mendapatkan pendidikan. Di Asia, ia berada di tempat ke-131 dan 700-750 di peringkat dunia. UUM terletak di Sintok, Kedah dan terkenal dengan kursus sains sosial seperti perakaunan dan perniagaan.

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

universiti teknologi malaysia terbaik di malaysia

Universiti Teknologi Malaysia mempunyai beberapa cawangan termasuk di Kuala Lumpur dan Skudai, Johor. UTM berada di tempat ke-49 Asia dan secara keseluruhan di tempat ke-253 dunia. Ramai siswa yang datang ke UTM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan sains namun terdapat juga kursus lain yang ditawarkan di universiti ini.

4. Universiti Sains Malaysia (USM)

universiti sains malaysia terbaik di malaysia

Universiti Sains Malaysia juga terletak di seluruh Malaysia namun cawangan yang terkenal terletak di Pulau Pinang dan Kelantan. USM berada di tangga ke-46 Asia dan ke-244 dunia. Seperti nama yang diberikan bagi universiti ini, ramai siswa yang hadir ke USM bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang sains seperti biologi, fizik dan kimia.

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

universiti kebangsaan malaysia terbaik di malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 dan terletak di Selangor dan Kuala Lumpur. Cawangan utama UKM terletak di Bangi tetapi terdapat juga cawangan di Cheras bagi penuntut-penuntut yang mendapatkan pendidikan di universiti ini. Secara keseluruhan, ia berada di tempat ke-230 dunia dan ke-43 Asia.

2. Universiti Putra Malaysia (UPM)

universiti putra malaysia terbaik di malaysia

Universiti Putra Malaysia menawarkan beberapa kursus yang agak unik seperti sains pertanian dan ini merupakan kelebihan universiti awam ini. UPM berada di tempat ke-36 dan ke-229 dunia secara keseluruhan setelah dibandingkan dengan universiti lain. UPM terletak di Serdang, Selangor dan merupakan antara universiti terbesar di Malaysia

1. Universiti Malaya (UM)

universiti malaya terbaik di malaysia

Universiti terbaik di Malaysia ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi pada tahun 1905 tetapi ia dikenali sebagai King Edward VII College of Medicine. UM secara rasminya ditubuhkan di Singapura tetapi sekarang bertukar tempat ke Kuala Lumpur. Di Asia, UM berada di tempat ke-24 dan secara keseluruhan ia berada di kedudukan ke-114 dunia. Universiti ini terkenal dalam kalangan siswazah yang mengambil jurusan perubatan namun kursus lain juga tidak kurang hebatnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)