Berikut adalah pandangan yang dikongsikan oleh seorang pensyarah yang diminta untuk dirahsiakan namanya berkenaan isu larangan kerajaan Oman untuk pelajarnya masuk ke empat buah universiti di Malaysia yang kami kongsikan pada 3 Oktober 2017.
Penulis memohon maaf dan meminta agar identitinya dirahsiakan untuk tujuan melindungi peribadi beliau. Beliau agak terkejut apabila isu yang telah sekian lama berlaku di negara kita baharu saja diketahui oleh pihak Kementerian Pendidikan dan beliau berharap agar tulisan beliau ini, dapat sampai pada pihak berkuasa untuk sekurang-kurangnya menjelaskan lagi taktik licik sesetengah IPTS yang menjual pendidikan atas dasar untung semata-mata.
BESARKAN TEKS A- A+
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca Iluminasi.
Kebetulan kecoh pula bila kerajaan Oman tidak lagi benarkan pelajar mereka belajar di 4 Universiti di negara kita. Komen-komen orang ramai seperti biasalah main petik aje apa yang diorang nak sebut. Meh aku ceritakan pengalaman aku lah. Benda ni bukan benda baru.
Aku sekarang ni mengajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Cheras. Biasa-biasa aje, tak usah kagum sangat. Aku ajar budak diploma sebab aku ada degree je. Dulu, aku mengajar di salah sebuah IPTS. Masuk ke antara 4 yang disenaraikan tu? Biarlah rahsia.
Jika kerajaan Oman kata universiti ni banyak hanky panky, then yes, I agree wholeheartedly! Aku mengajar business studies dan pengalaman aku mengajar di IPTS ni memang banyak masalah. Apa masalahnya?
Pelajar yang datang dari negara Arab ni termasuklah yang datang dari negara China dan lain-lain, kebanyakannya mempunyai masa yang terhad untuk menamatkan pengajian. Jadi ramai antara mereka, walaupun tak layak untuk habis, terpaksa dibenarkan juga meneruskan pengajian kerana susah nak uruskan visa pelajar diorang ni. Mana yang dah kena extend memang akan menyebabkan kesusahan dan mana yang belajar malas, memang peluang nak kena hantar balik ke negara mereka tu tinggi.
The problem is, many of them are on scholarship. Their government have certain expectation due to the money being spent dan pihak IPT kita pula yang dah tak boleh dibezakan entiti perniagaan atau pendidikan, akan lebih mementingkan keluar masuk intake supaya kemasukan pelajar tetap ada. Yuran kena ada! Duit kena masuk.
So, instead of failing the student and making them go back, the students are given leniency just to make sure that they can finish their studies on time, then government mereka tak bising scholarship wasted. Itu satu hal.
Yang kedua, bila student tak prove they are performing on their academics result itself, their student visa can be cancelled. Aku tak pasti apa kelayakan diorang untuk kekalkan visa. Instead of just letting the students go, some students are advised to go out for a while, contohnya Singapura kemudian balik semula ke Malaysia sebagai seorang pelancong yang akan meneruskan pelajaran. Repeat benda ni beberapa kali. Aku tak taulah sama ada visa akan beri kesan pada kelulusan yang dia dapati tapi taktik ni banyak dilakukan untuk pastikan pelajar terus belajar.
Aku nak cerita sikitlah pasal student khasnya student dari sebuah negara ni yang tak boleh aku sebut. Nanti kontroversi sebab negara ni memang jadi kontroversi. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia kerana di Malaysia mudah untuk belajar dan mereka datang dengan harapan untuk sambung terus belajar until Master level.
To do Master, they have to met certain requirement on their degree level so what normally they will do is that they will pressure the faculty and lecturers to give them really good grades. Kalau kita cerita pasal excellent student, it should be given on merit lah kalau dia earned the grades but sometimes, the bad apple pun terhegeh-hegeh nak good grades. "I want to continue my master Sir!" kata dia sambil tersengih.
That's not the problem. The problem starts when the university saw that there's a big interest of potential Master student, the upper management of the University starts to pressure the lecturers to give out good grades for the student, just to make sure yang mereka-mereka ini akan dapat peluang sambung Master. You see the chain of events?
Aku paling tak tahan sebenarnya bila pengurusan universiti aku bermuka-muka.
Delegates from foreign country comes to visit, the faculty will be asked to prepare very good reports regarding the students. Being visited and reporting a lot of good things to the delegates just to make sure they are happy with their students performance. Any issues and problems will be put aside, as students that are selected to be interviewed knows that their future lies in being secretive. Bocor rahsia yang dia malas datang kelas, scholar kena tarik. Bocor rahsia dia sebenarnya malas belajar, dia tak boleh lagi enjoy hidup di Malaysia dengan scholarship.
Personally, I had a few Oman students before. One of the thing I remembered the most about Oman students, is that their scholarship to study here in Malaysia is very high. RM4000 plus, dekat 5 thousand. That's a lot. Apa dia buat dengan duit dia tu? Aku tak tahu lah. Tak ada kerja aku tanya life student aku macam mana. But that shows the level of commitment their government is putting on their students, making sure that the student do not have to take a second job just to go through colleges.
It is sad to know that it is not just the student yang take advantage of the scholarship, but my former university is also trying to milk the fat cow.
Is education a business? Should education be treated as just business? I don't know. Mengajar kat kolej kecik dan pelajar tempatan lagi senang. Tak perlu risau dia gagal ke tidak sebab kalau dia malas, pelajar tu yang tanggung. Habis cerita. Aku balik rumah main PS4 tak payah peduli dah whatsapp pelajar macam dulu yang merayu-rayu mintak extension sebab langgar deadline ataupun mintak A padahal dia layak dapat C, yang disokong oleh pengurusan atas Universiti aku sebab nak generate income punya pasal.
Nukilan,
Pensyarah XXX
Nota 1 - Penulisan ini adalah pandangan penulis yang dikongsikan melalui laman Iluminasi. Sebarang bentuk penulisan yang disiarkan atas permintaan pembaca tidak semestinya mencerminkan pendapat Iluminasi.com
Nota 2 - Semua gambar yang dipaparkan hanyalah sebagai hiasan.