Oleh pada 26 Sep 2017 kategori

Perkongsian ini ditulis oleh teman rapat penulis yang pernah belajar di Imperial College London, United Kingdom. Artikel ini bertujuan memberi pencerahan kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara terutamanya ke universiti-universiti terbaik dunia, tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Juga untuk berkongsi tips-tips bagi mendapatkan biasiswa penuh, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

belajar di luar negara westminster 672

Kebanyakan universiti di dalam senarai 10 Universiti Yang Diiktiraf Terbaik Dunia didominasi oleh 2 negara, iaitu Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Pengalaman saya adalah berdasarkan permohonan ke universiti di United Kingdom (UK). Namun, saya akan turut kongsikan ringkasan cara memohon ke universiti di AS.

Sepanjang penulisan ini, terma Ivy League digunakan bagi merujuk 10 universiti terbaik dunia.  

1. Pemilihan Universiti & Jurusan Yang Bakal Diambil.

belajar di luar negara 817tawaran universiti 222

Langkah pertama dalam keseluruhan proses ini adalah memilih universiti dan subjek yang bakal diambil. Keperluan mengkaji sedalamnya berkenaan subjek dan universiti adalah agar tidak menyesal di kemudian hari. Ada kawan saya yang menyesal kerana tersalah pilih jurusan dan universiti.

Sesetengah universiti Ivy League hanya bagus dalam subjek-subjek tertentu. Contohnya, University of Oxford mempunyai kelebihan dalam kesusasteraan. University of Cambridge dan Imperial College London mempunyai kekuatan dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi.

KLIK SINI untuk memilih universiti berdasarkan kekuatan jurusan yang ditawarkan.

Nasihat saya, pilih jurusan kerana minat dan bukan hanya sekadar berdasarkan kedudukan universiti semata-mata. Kaji jurusan yang diingini sedalam-dalamnya.

Jika ingin menjadi seorang akauntan suatu hari nanti, cari mereka yang telah menjadi akauntan, dan minta mereka berkongsi pengalaman mereka sendiri. Begitu juga dengan jurutera, doktor, ahli kimia dan sebagainya.

Ini adalah penting kerana dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu kerjaya.

2. Penyediaan Dokumen Permohonan Ke Universiti.

Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan untuk memohon ke universiti Ivy League. Antara dokumen yang diperlukan adalah:

checklist 825

Sumber foto: quickanddirtytips.com

Keputusan peperiksaan semasa / penuh seperti A-level, foundation, matrikulasi, STPM, dan yang sebandingan untuk permohonan Ijazah Sarjana Muda. Bagi permohonan Sarjana dan PhD perlu keputusan/sijil Ijazah.

Keputusan ujian khas bahasa Inggeris iaitu International English Language Testing System (IELTS). MUET tidak diterima di luar negara. Namun terdapat kes-kes tertentu di mana keperluan bahasa Inggeris dapat dikecualikan dalam permohonan kerana pemohon dapat meyakinkan universiti tentang pembelajaran subjek di Malaysia dalam bahasa Inggeris dan ia mencukupi.

Personal Statement iaitu esei mengenai diri. Penulisan perlulah mantap dan mencerminkan sebab yang kuat berkenaan pemilihan jurusan dan universiti, serta aspirasi hidup.

Resume perlulah ringkas dan padat. Disyorkan tidak melebihi 2 muka surat. Fokus kepada pencapaian tertinggi sahaja.

Surat sokongan daripada guru kolej atau universiti.

Sijil-sijil pencapaian khas seperti wakil Malaysia dan sebagainya.

Sesetengah universiti Ivy League mewajibkan temuduga sebagai salah satu proses permohonan, selalunya melalui video call. Keyakinan diri adalah kunci untuk melepasi temuduga tersebut. Perlulah juga bersedia sebelum sesi tersebut.

Selain dokumen, jangan lupa bahawa lain universiti lain tarikh buka/tutup permohonannya. Kebanyakan universiti di UK membuka permohonan seawal September untuk sesi pendaftaran tahun berikutnya.

Permohonan bagi Ijazah Sarjana Muda perlu melalui satu sistem pusat iaitu UCAS. Bagi permohonan Sarjana dan PhD, permohonan selalunya perlu dibuat terus ke universiti yang berkenaan.

3. Permohonan Biasiswa Penuh Ke Luar Negara.

Tanpa biasiswa, adalah mustahil bagi saya untuk ke melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara kerana kos yuran pengajian dan sara hidup yang tinggi di sana.

surat tawaran biasiswa jpa 2 603senarai biasiswa 83

Terdapat banyak biasiswa yang boleh dipohon untuk ke universiti luar negara, termasuklah universiti Ivy League, sama ada melalui biasiswa kerajaan Malaysia, syarikat swasta di Malaysia, mahupun biasiswa oleh kerajaan luar dan lain-lain.

Antara biasiswa yang boleh dipohon termasuklah:

Sesetengah universiti Ivy League mempunyai kerjasama dengan syarikat luar negara, di mana syarikat ini turut menyediakan biasiswa untuk belajar di universiti berkenaan. Malah, ada juga universiti yang turut menyediakan biasiswa mereka sendiri. Terdapat terlalu banyak biasiswa di luar sana tersedia untuk dipohon. Google saja, banyak pilihan menanti.

Permohonan Ke Universiti Ivy League di Amerika Syarikat.

stanford university dengan logo 241

Secara umumnya, permohonan ke universiti Ivy League di AS lebih kurang sama dengan di UK, perbezaan paling ketara adalah keperluan bagi menduduki peperiksaan sama ada Scholastic Aptitute Test (SAT) ataupun American College Testing (ACT). SAT dan ACT merupakan peperiksaan persediaan yang sebandingan dengan A-level dan lain-lain. SAT dan ACT masih wajib diduduki bagi pelajar antarabangsa walaupun telah mempunyai kelayakan setaraf.

Peperiksaan bahasa Inggeris yang diperlukan di AS adalah Test of English as A Foreign Language (TOEFL) dan bukannya IELTS. Namun, IELTS masih diterima oleh sesetengah universiti AS.

Permohonan ke AS dilihat lebih leceh kerana lebih tegas dan kadar penerimaan masuk pelajar antarabangsa adalah lebih rendah berbanding universiti di UK.

Kesimpulan

Jangan Putus Asa Dan Terus Berusaha

Usaha adalah kunci kejayaan. Dahulunya, saya berasakan untuk diterima masuk ke universiti Ivy League dengan biasiswa penuh adalah sesuatu yang mustahil kerana dilihat terlalu sukar. Tetapi, setelah melaluinya, tidaklah sesukar yang disangka. Hanya perlu berusaha, dan jangan putus asa. Tidak lupa selalu untuk memohon kepada Allah agar segalanya dipermudahkan.

Pengiktirafan STPM dan Matrikulasi Oleh Universiti Luar Negara

university of oxford dengan logo 611

Sebenarnya ramai tidak sedar bahawa dengan keputusan STPM dan matrikulasi mereka boleh mendapatkan tawaran ke universiti Ivy League. Caranya, telefon atau email universiti berkenaan permohonan, mereka selalunya akan respon dalam masa 24 jam atau 48 jam (Ya, sangat efisyen). Tanya sekiranya mereka menerima STPM atau matrikulasi dalam permohonan.

Jangan pandang rendah kepada mereka yang ke pra-U untuk mengambil STPM kerana STPM lebih diiktiraf di luar negara berbanding kelayakan yang lain di Malaysia.

Temuduga Universiti Dan Biasiswa

keyakinan diri 557

Boleh dikatakan temuduga merupakan sebahagian daripada proses permohonan universiti dan biasiswa. Namun, tidak perlu gentar, kerana panel penemuduga juga manusia.

Keyakinan diri dan sentiasa merendah diri sebagai kunci utama untuk berjaya dalam sesi temuduga. Tapi perlulah melakukan persediaan sebelum menghadiri sesi tersebut.

Pengalaman Belajar Di Luar Negara

belajar di luar negara paris 511belajar di luar negara oxford 952

Sedikit pengalaman belajar di luar negara adalah sesuatu yang pasti saya akan ingat sampai bila-bila. Banyak yang telah dipelajari, kenangan pahit manis yang mengajar erti kehidupan.

Pendedahan dengan dunia luar banyak membuka minda dan memberikan perspektif yang berlainan terhadap banyak perkara. Kekuatan mental dan emosi perlu bagi menghadapi segala cabaran yang tidak pernah terduga. Insyallah sekiranya ada peluang saya akan kongsikan pengalaman saya nanti.

(BAHAGIAN 1) 10 Universiti Yang Diiktiraf Terbaik Dunia


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)